web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tampil Kuih Muih Citarasa Malaysia, Lady Wong Tawan Hati Penduduk Manhattan

Diasaskan oleh pasangan Malaysia, kedai roti ini menyediakan pelbagai seleksi kuih-muih tradisional seperti kuih lapis, talam, koci, pulut inti, onde-onde dan seri muka

Selera Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Oct 2023 2:24PM

Eater menggelar Lady Wong sebagai ‘kedai roti terhangat di NYC ketika ini’

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kuih-muih citarasa rakyat Malaysia jika dihasilkan dengan sepenuh jiwa, pasti menjanjikan rasa yang cukup memikat selera walau di mana pun ia dihasilkan. Ini terbukti apabila kedai roti Lady Wong di Manhattan, New York berjaya menawan hati warga kota metropolitan itu dengan seleksi kuih-muih tradisional seperti kuih lapis, talam, angku, pulut inti, onde-onde dan seri muka.

Diasaskan oleh pasangan Malaysia, Mogan Anthony dan Seleste Tan, kedai ini menjadi tumpuan mereka yang ingin menikmati hidangan yang dianggap unik dan lain daripada yang lain itu. 

Mogan Anthony dan Seleste Tan
Mogan Anthony dan Seleste Tan

Bermula sebagai perkhidmatan penghantaran kuih ketika pandemik COVID19, pasangan ini akhirnya mengambil keputusan untuk membuka sebuah kedai apabila mendapat sambutan yang luar biasa.

Dalam satu temubual dengan CNA Luxury, pasangan ini memberitahu tidak seorang pun daripada mereka mempunyai latihan formal dalam membuat kuih. Namun, masing-masing punya pengalaman kerja di tempat makan mewah.

Anthony yang berasal dari Perlis dan Tan dari Johor telah bertemu ketika mereka bekerja di Four Seasons Singapura, ketika Anthony bertugas sebagai Front-of-house dan Tan sebagai cef pastri.

“Kami memulakan Lady Wong kerana ketika itu beribu-ribu orang yang tidak dapat ke mana-mana dan ramai yang mula merindui kampung halaman. Jadi kami memutuskan untuk buat penghantaran kuih hanya untuk suka-suka dan untuk rakan-rakan kami. Kami bukanlah pembuat kuih, tetapi lebih kepada pemakan kuih. Tetapi isteri saya mempunyai pengalaman dalam pembuatan pastri,” ujar Anthony. 

Kuih Lapis Sago
Kuih Lapis Sago

Sejak dibuka pada 2022, Lady Wong bukan sahaja menarik minat orang-orang Asia, tetapi ia juga berjaya mengumpan ‘mat saleh’ untuk sama-sama meraikan kelazatan hidangan kuih-muih comel yang membuka selera ini. Lebih membanggakan, Eater menggelarnya sebagai ‘kedai roti terhangat di NYC ketika ini’.

Selain kuih, Lady Wong juga menghidangkan kek-kek moden seperti Petit Gateau, kek gulung dan kek sifon yang menampilkan perisa kegemaran rakyat Malaysia seperti pandan, mangga dan durian. Tidak ketinggalan pilihan minuman penghilang dahaga Calamansi Lemonade, Asam Soda dan Ais Pandan Latte.

Salted Gula Melaka Cake
Salted Gula Melaka Cake

Jadi, seandainya anda berada di New York dalam sedikit masa lagi, cubalah panjangkan langkah ke sini. Lihat dan cuba sendiri seleksi kuih yang mereka sediakan. 

Lady Wong dibuka pada hari Rabu dan Khamis dari jam 11 pagi hingga 6 petang, dan Jumaat, Sabtu dan Ahad dari 10 pagi hingga 7 malam. - Getaran, 3 Oktober 2023

Foto : @ladywongpastry & https://ny.eater.com/ 

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara