Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Magnum Matcha Crumble Gabungan Citarasa Timur dan Barat

Citarasa dua dunia iaitu Timur yang menampilkan elemen budaya Jepun, manakala lapisan nipis coklat Belgium mewakili Barat digabungkan dalam karya terbaharu jenama Magnum.

Selera Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 23 Sep 2023 6:59AM

Magnum Matcha Crumble. gambar Magnum

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jenama aiskrim kegemaran ramai, Magnum, baru-baru ini dengan bangganya memperkenalkan karya kulinari terbaharunya yang merentasi sempadan dan menggembirakan deria rasa, Magnum Matcha Crumble. 

Gabungan harmoni konsep Timur dan Barat ini merakamkan intipati budaya Jepun, dipadankan dengan lapisan nipis coklat Belgium yang menjadi identiti Magnum, memberikan kepuasan yang diidamkan oleh sesiapa sahaja. 

Suasana Sentul Depot Kuala Lumpur berubah wajah sempena pelancaran Magnum Matcha Crumble. gambar Magnum
Suasana Sentul Depot Kuala Lumpur berubah wajah sempena pelancaran Magnum Matcha Crumble. gambar Magnum

Apabila menikmati aiskrim terbaharu ini, anda boleh merasakan kehalusan tekstur aiskrim. Lebih menggembirakan setiap gigitan disertakan rasa ranggup coklat Belgium yang mewah. Tidak mustahil gabungan luar biasa ini mampu memikat sesiapa sahaja, biarpun dalam kalangan bukan peminat teh hijau. 

“Di Magnum, kami sentiasa mahu menghasikan sesuatu yang menjangkaui kepuasan. Kami telah mengembara ke seluruh dunia untuk mendapatkan bahan-bahan terbaik, dan kali ini, kami mendapat inspirasi daripada budaya Timur yang bertenaga dan menawan. Kami sangat teruja untuk berkongsi aiskrim berinspirasikan Asia ini kepada semua,” ujar Ketua Perniagaan, Unilever Ice Cream Malaysia, Jean Nichapat Valaiphatchra.

“Kami bukan sekadar mempersembahkan aiskrim, tetapi kami juga memberikan pengalaman. Magnum Matcha Crumble adalah bukti komitmen kami terhadap kualiti, inovasi dan mengejar keseronokan sebenar,” katanya lagi. 

Tetamu seolah-olah berada di Jepun pada majlis pelancaran Magnum Matcha Crumble. gambar Magnum
Tetamu seolah-olah berada di Jepun pada majlis pelancaran Magnum Matcha Crumble. gambar Magnum

Meraikan Magnum Matcha Crumble Dalam ‘Gaya Magnum’ Sebenar

Ketika majlis pelancaran aiskrim itu baru-baru ini, seperti kebiasaannya Magnum berjaya meraihkan perhatian tetamu yang hadir. Ini kerana walaupun ia hanyalah acara pelancaran aiskrim, tetapi ia berlangsung dalam suasana penuh gaya. Setiap yang hadir ke Sentul Depot, Kuala Lumpur bagaikan dibawa terbang ke negara Jepun, iaitu lokasi teh hijau meraih popularitinya. 

Upacara menyediakan teh hijau turut diadakan untuk tetamu. gambar Magnum
Upacara menyediakan teh hijau turut diadakan untuk tetamu. gambar Magnum

Untuk seketika, ruang Sentul Depot berubah menjadi dunia Magnum Matcha. Ini membuktikan dedikasi yang tidak berbelah jenama global itu untuk menyampaikan detik-detik keseronokan yang tidak ditawarkan oleh jenama lain.

Di tengah-tengah kesibukan kota, mereka menggalu-alukan kehadiran pelbagai lapisan tetamu yang terdiri daripada rakan-rakan perniagaan, pihak media dan juga beberapa artis tempatan seperti Daiyan Trisha, Ben Amir dan Qiu Wen. 

Antara tetamu yang hadir pada majlis pelancaran Magnum Matcha Crumble. gambar Magnum
Antara tetamu yang hadir pada majlis pelancaran Magnum Matcha Crumble. gambar Magnum

Paling membahagiakan apabila tetamu juga turut dihidangkan dengan seleksi menu ciptaan Cef Magnum X Chateau Dionne yang eksklusif. Setiap hidangan dihasilkan menggunakan teh hijau dan dipersembahkan dalam gaya yang memikat mata dan selera. 

Salah satu menu ciptaan Cef Magnum X Chateau Dionne menggunakan teh hijau yang memikat tetamu. gambar Magnum
Salah satu menu ciptaan Cef Magnum X Chateau Dionne menggunakan teh hijau yang memikat tetamu. gambar Magnum

Justeru, jika anda sedang mencari ruang untuk memanjakan diri dengan sesuatu yang ringkas tetapi cukup membahagiakan, dapatkanlah Magnum Matcha Crumble. Buat seketika, anda boleh menghela nafas lega sebelum meneruskan rutin harian yang padat.  - Getaran, 23 September 2023

Sorotan

1

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

2

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

3

Sultan Nazrin Dilantik Pengerusi MKI Bagi Tempoh 2 Tahun 

4

Agong, Raja Permaisuri Zahir Penghargaan Kepada Warga Pekerja

5

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19, Covishield Mampu Timbulkan Masalah Darah Beku

6

Saya Perlu Dapatkan Semula Keyakinan Diri - Zii Jia