web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mah Teruskan Warisan Keluarga Hasilkan ‘Kee Chang’

Kee Chang amat ringkas iaitu mengunakan beras pulut yang direndam semalaman, sebelum dibalut dengan daun buluh atau daun terantai dan diikat dengan tali pelepah pisang yang telah dikeringkan.

Selera Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jun 2023 8:08AM

Kee Chang atau ketupat Cina - Gambar dari Wikipedia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA PERLIS - Seorang suri rumah berusaha meneruskan warisan keluarganya dalam menghasilkan ‘Kee Chang’ atau dikenali juga sebagai ‘ketupat Cina’ demi memastikan makanan tradisional masyarakat Cina itu dapat terus dinikmati generasi muda hari ini. 

Mah Mei See, 37, berkata pada mulanya beliau sekadar membantu ibunya, Mow Fong Joo, 57 menyiapkan tempahan setiap kali perayaan Pesta Perahu Naga, yang disambut pada hari kelima bulan kelima dalam kalendar Lunar. 

“Saya teruskan warisan nenek moyang buat kuih Kee Chang atau orang Melayu gelar sebagai ketupat Cina ini kerana ingin rasa dan teksturnya kekal sama seperti yang saya makan masa kecil dahulu,” katanya kepada Bernama di sini.

Mah, yang mesra dengan panggilan ‘adik’, berkata  beliau adalah generasi ketiga dalam keluarganya yang meneruskan legasi membuat Kee Chang yang resipinya diwarisi turun-temurun.

Menurutnya bahan bagi menghasilkan Kee Chang amat ringkas iaitu mengunakan beras pulut yang direndam semalaman, sebelum dibalut dengan daun buluh atau daun terantai dan diikat dengan tali pelepah pisang yang telah dikeringkan.

Ibu kepada seorang anak itu berkata Kee Chang yang dibalut berbentuk segi tiga akan direbus empat hingga lima jam supaya betul-betul masak serta tahan lama.

“Kee Chang biasanya dinikmati bersama air gula perang dan ia boleh bertahan hingga empat hari.

“Saya jual kuih ini pada harga borong iaitu RM20 sekilogram bagi yang belum dimasak dan RM23 sekilogram yang telah dimasak,” katanya yang turut menjual Kee Chang sejuk beku.

Menurut Mah setiap kali perayaan Pesta Perahu Naga, beliau menggunakan kira-kira 150 kilogram beras pulut untuk menghasilkan Kee Chan bagi memenuhi permintaan termasuk dari Kedah, Pulau Pinang dan Johor.

Katanya cabaran dalam menghasilkan kuih itu ialah dari segi mendapatkan daun buluh dan tali pelepah pisang yang semakin sukar diperoleh, selain harganya juga meningkat saban tahun.

Menceritakan sejarah Kee Chang, beliau berkata kuih tersebut dibuat sempena sambutan Pesta Perahu Naga bagi menghargai seorang penyair patriotik di China yang bernama Qu Yuan.

Qu Yuan merupakan seorang ahli politik dan penyair yang tinggal di negara Chu semasa zaman negara-negara berperang di China kira-kira 2,000 tahun dahulu. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Gaya 11 jam yang lalu

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

oleh Rahayu MN