web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tapai Air Tangan Tok Imam Jadi Pilihan Di Pagi Raya

Tok Imam dari Machang, Kelantan ini sama sekali tidak menyangka perniagaan tapai pulutnya membuahkan rezeki lebat untuknya dan keluarganya.

Selera Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 May 2021 6:10PM

Gambar: Shahuri Saidi, Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Keputusan Mohd Nadzri Mat Daud, 62, memulakan perniagaan tapai pulut untuk membantu ekonomi keluarganya yang kurang stabil kira-kira 27 tahun lalu, ternyata tidak sia-sia apabila juadah itu kini menjadi sumber pendapatan utamanya.

Imam Masjid Mukim Laha, Pulai Chondong, Mohd Nadzri mendapat ilham untuk terjun ke dalam perusahaan tersebut selepas melalui satu kawasan hutan yang mempunyai banyak pokok getah sebelum terfikir olehnya bahawa daun getah boleh dijadikan 'duit.'

Bercakap kepada Bernama, Mohd Nadzri berkata dia kemudian belajar proses membuat tapai daripada arwah neneknya dan selepas itu, dia tidak menoleh ke belakang lagi mengusahakan perniagaan yang dikenali masyarakat setempat sebagai ‘Tapai Tok Imam’.

“Terdapat dua jenis tapai pulut yang dibuat iaitu tapai pulut putih dan tapai pulut hitam. Harga semasa kedua jenis ini berbeza iaitu untuk 100 biji pulut putih dijual pada harga RM35 manakala pulut hitam RM40.

"Tapai Tok Imam ini masih mengekalkan cara lama iaitu dibungkus menggunakan daun getah yang boleh menghasilkan aroma yang istimewa. Selain daun getah yang berkualiti, kami guna lidi kelapa bukan stapler untuk mengemaskan balutan tapai,” katanya yang menjalankan perniagaan tersebut di Kampung Pulai Chondong.

Tapai Tok Imam masih mengekalkan cara lama iaitu dibungkus menggunakan daun getah yang boleh menghasilkan aroma yang istimewa. Gambar: Shahuri Saidi, Bernama
Tapai Tok Imam masih mengekalkan cara lama iaitu dibungkus menggunakan daun getah yang boleh menghasilkan aroma yang istimewa. Gambar: Shahuri Saidi, Bernama

Bercerita lanjut, Mohd Nadzri juga percaya teknik menggaul adunan pulut dan ragi adalah penentu keistimewaan rasa tapai yang dihasilkannya kerana di situ dia titipkan resipi  warisan nenek moyangnya.

“Sekiranya terlebih sukatan bahan seperti ragi dan gula akan menjejaskan tahap masak tapai tersebut. Tapai yang sudah masak iaitu selepas proses peram, mampu bertahan selama satu hingga dua bulan sekiranya diletak di dalam peti sejuk,” katanya bapa kepada 12 cahaya mata itu.

Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, Mohd Nadzri berkata mereka membuka tempahan sejak awal Ramadan, malah ada pelanggan yang membuat pesanan dua bulan sebelum itu.

“Pekerja hanya dalam kalangan keluarga yang sentiasa bertungkus-lumus menyiapkan tempahan, pesanan pernah menjangkau 10,000 biji sehari.

“Tempoh pembungkusan tapai agak lama, bagi satu talam yang mengandungi 2.5 kilogram adunan pulut memerlukan satu hingga satu jam setengah untuk disiapkan oleh dua orang tenaga pekerja,” jelasnya.

Gambar: Shahuri Saidi, Bernama
Gambar: Shahuri Saidi, Bernama

Mohd Nadzri kini mampu tersenyum lebar, Tapai Tok Imam yang bermula sekadar idea untuk mengubah kehidupan keluarga sudah meluaskan pasaran bukan sahaja di negeri ini malah turut terkenal di Pahang, Terengganu, Selangor, Perak dan Kedah.

“Cabaran menghasilkan tapai ini tetap ada, sebagai contoh untuk mendapatkan daun getah terpaksa memasuki hutan-hutan yang boleh mengundang risiko tinggi dan ada ketika terputus bekalan beras pulut daripada pembekal yang sedia ada, menyebabkan terpaksa menggunakan beras pulut yang mahal,” kata Mohd Nadzri. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Semasa 4 hari yang lalu

Ibu Temukan Jasad Anak Telah Mereput Dalam Bilik Berkunci

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Mayat Lelaki Ditemui Dengan Kesan Tikaman Di Dagu, Leher, Perut

Sorotan

1

Bawa 'Kata Hati' Ke Layar Perak, Pengarah Mahu Cipta Semula Magis Romantik Komedi

2

Agong Zahir Nasihat Kepada KP SPRM, Laksana Amanah Penuh Integriti

3

JPJ Selangor Tahan Van, Sita Kenderaan Disyaki Terlibat Aktiviti Teksi Sapu Di KLIA

4

Ibu Muda Mangsa Kesalahan Seksual Perlu Kembali Sambung Pelajaran - Fadhlina

5

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

6

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek