web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 17 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ayam Percik Hutan Percha Dapat Sambutan Menggalakkan

Pemilik perniagaan itu Hassan Saad, 65, yang telah mengusahakan jualan berkenaan sejak 15 tahun lepas bermula di pasar malam berkata ayam perciknya mampu dijual hingga 300 batang sehari.

Selera Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jan 2023 8:15AM

Keistimewaan Ayam Percik Hutan Percha ialah pada kuahnya dan resipi kuah tersebut dibelinya daripada seorang kenalan dari Kelantan sebelum diolah mengikut cita rasanya terutama dari aspek kepedasan - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR GAJAH - Walaupun hanya beroperasi setiap Jumaat dan Ahad, kedai Ayam Percik Hutan Percha di sini mendapat sambutan menggalakkan khususnya dalam kalangan penggemar makanan berkenaan dari dalam dan luar Melaka.

Pemilik perniagaan itu Hassan Saad, 65, yang telah mengusahakan jualan berkenaan sejak 15 tahun lepas bermula di pasar malam berkata ayam perciknya mampu dijual hingga 300 batang sehari.

Beliau berkata perniagaan berkenaan yang dijalankan bagi menampung pendapatannya sebagai penoreh getah, kini diusahakan di rumahnya di Jalan Bunga Raya, Hutan Percha di sini bermula 11 pagi hingga 7 malam.

"Ibarat saya berniaga main-main… dua kali seminggu sahaja. Alhamdulillah perniagaan ini masih bertahan sehingga hari ini dan kita mempunyai pelanggan tetap, antara orang kenamaan yang sering singgah ke sini setiap kali ke Melaka ialah bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. 

"Sebelum ini, saya berniaga di pasar malam tetapi nak harapkan orang kampung (membeli) pun tak ramai. Saya menerima banyak tempahan dari dalam dan luar Melaka sebelum ini tetapi sekarang memang tidak larat untuk ambil (banyak tempahan)," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas Program Santai Makan-Makan Bersama Exco Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna negeri Ngwe Hee Sem hari ini.

Hassan berkata beliau dibantu isteri, Rosnani Ali, 55, serta dua pembantu manakala pembuatan ayam percik itu masih menggunakan arang.

Beliau berkata keistimewaan Ayam Percik Hutan Percha ialah pada kuahnya dan resipi kuah tersebut dibelinya daripada seorang kenalan dari Kelantan sebelum diolah mengikut cita rasanya terutama dari aspek kepedasan.

Menurut Hassan antara cabaran yang dihadapinya dalam mengusahakan perniagaan itu ialah peningkatan harga barangan termasuk bahan membuat kuah ayam percik dan ayam mentah.

"Saya masih usahakan untuk tidak menaikkan harga iaitu RM3.50 untuk sebatang ayam percik. Ikutkan harga bahan buat sos lebih mahal daripada harga ayam tetapi saya bukan nak ambil untung banyak, tidak boleh buat harta dengan berniaga macam ini," katanya.

Hassan mengalu-alukan individu yang ingin belajar dan membeli resipi ayam percik berkenaan daripadanya terutama mereka yang benar-benar ingin berniaga atau menambah pendapatan.

Sementara itu, Farah Huda Sahiran, 26, dari Batu Berendam di sini berkata beliau bukan penggemar ayam percik tetapi keistimewaan kuah dan ayam tersebut membuatkannya kini menjadi seorang daripada pelanggan kedai tersebut.

Menurut Farah Huda walaupun baharu mengenali kedai tersebut kira-kira dua bulan lepas, beliau telah lebih dua kali ke premis itu untuk menikmati juadah tersebut.

"Rasa kuah ayam percik ini memang sedap… cukup rasa dan pedas, yang penting tidak manis. Ayamnya juga tidak kering dan harga memang berbaloi dengan saiznya," katanya.

Sementara itu, Ngwe yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Machap Jaya berkata Ayam Percik Hutan Percha akan diangkat sebagai satu daripada produk ikon kampung berkenaan dan promosi tersebut akan dilaksanakan dengan kerjasama Bahagian Promosi Pelancongan Negeri Melaka.

"Secara peribadi, Ayam Percik Hutan Percha mempunyai keistimewaan tersendiri dari segi rasa terutama kuahnya selain harganya juga murah walaupun kebanyakan harga barangan telah naik termasuk ayam," katanya.

Beliau berkata pihaknya juga sedang mengenal pasti produk lain keluaran penduduk di kawasan Machap Jaya yang akan diperkenalkan sebagai ikon kampung masing-masing dalam usaha menarik kedatangan pelancong, menambah produk pelancongan baharu di negeri ini dan membantu meningkatkan pendapatan pengusaha. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Nahas Di Lebuhraya AMJ: Bayi Lelaki Terpelanting Keluar Disahkan Selamat

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Mayat Balut Dengan Tilam: Konflik Akibat Dadah Punca Pembunuhan - Polis

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Bau Busuk Dedah Penemuan Ngeri, Mayat Repus Dijumpai Dibalut Dalam Tilam 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Gaya 16 jam yang lalu

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

oleh Rahayu MN