Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Gastronomi Ramadan De.Wan 1958 by Chef Wan

SmartBite membawa De.Wan kepada anda, menampilkan pengalaman katering yang menakjubkan sempena bulan Ramadan.

Selera Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Apr 2021 8:30AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sempena bulan puasa yang mulia ini, platform katering dan penyediaan makanan, SmartBite mengumumkan kerjasama dengan De.Wan 1958 by Chef Wan dan Café Chef Wan untuk merancakkan lagi sambutan Ramadan anda dengan pelbagai juadah istimewa buat seisi keluarga.

Kerjasama ini menampilkan aneka menu istimewa terdiri daripada hidangan Melayu klasik, Signature Sambals De.Wan dan De.Wan Tiffin Sets. Dapatkan juga Hamper Hari Raya De.Wan 1958 by Chef Wan yang eksklusif.

Set Ramadan De.Wan 1958 by Chef Wan
Set Ramadan De.Wan 1958 by Chef Wan

Menyediakan juadah Ramadan Chef Wan yang popular, Set Ramadan A (RM248) atau Set Ramadan B (RM368) sesuai untuk perkongsian empat hingga lima orang.

Set Ramadan air tangan Chef Wan ini terdiri dari lapan hingga sembilan hidangan (termasuk pembuka selera dan pencuci mulut).

Bintang utama, tentulah Ikan Jenahak Chef Wan yang pedas dan terkenal, dimasak di atas bara api panas sehingga sempurna dengan sentuhan rasa masam dan manis. 

Buat penggemar daging pula, anda boleh menikmati Daging Puteri Manis yang disertakan rempah-ratus wangi dengan daging batang pinang (tenderloin) direbus dalam kari pekat. 

Selain itu, set ini turut menampilkan hidangan Ayam Pencok, ayam panggang klasik dengan campuran rempah-ratus khas Chef Wan yang dipanggang khas menggunakan arang. 

Hamper Hari Raya De.Wan 1958 by Chef Wan
Hamper Hari Raya De.Wan 1958 by Chef Wan

Paling menarik, set hadiah Ramadan - Signature Sambals De.Wan. Ia hadir dalam empat jenis sambal yang berlainan seperti Sambal Hitam Belimbing (gabungan lazat belimbing dengan cili padi), Sambal Tempoyak Petai (gabungan udang kering dan durian), Sambal Hijau Ikan Masin dan Acar Buah De.Wan (limau, kismis, kurma dan pala).

Hadir dalam bakul kaum Penan, anda juga boleh mendapatkan set hadiah Raya - Hamper Hari Raya De.Wan 1958 by Chef Wan. Ia mengandungi Signature Sambals De.Wan, kurma perdana, kad ucapan dan sampul Raya eksklusif yang direka dengan sentuhan peribadi Chef Wan. Tidak ketinggalan satu set kuih lapis Sarawak yang lembut lagi enak, hasil resipi Chef Wan.

Makanan menyatukan kita. Lagi-lagi jika semuanya berjalan lancar dan makanan tersedia tepat pada waktunya. Sebagai pusat perkhidmatan katering nombor satu di Asia Tenggara, SmartBite turut menyediakan khidmat penghantaran makanan (radius 60km) bagi memudahkan pesanan atas talian. Penghantaran percuma untuk 10km pertama dan bagi pesanan yang melebihi RM240. 

Signature Sambals De.Wan
Signature Sambals De.Wan

Layari SmartBite untuk maklumat lanjut. – Getaran, 26 April 2021

Semua gambar: SmartBite



 

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Luar Negara 4 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

4

Sukan 4 minggu yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi