Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Menjenguk Sajian Buka Puasa Mewah Di Petaling Jaya

Getaran menyingkap dua pilihan berbuka puasa mewah di Petaling Jaya.

Selera Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Apr 2021 8:53AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ramadan kembali dan seperti biasa tawaran berbuka puasa mula dicanang oleh pelbagai restoran dan hotel. Sekali-sekala tiada salahnya mencuba hidangan yang sedikit mewah untuk lari dari kebiasaan. 

Yang penting, ingatlah supaya tidak membazir dan berkongsi makanan dengan yang memerlukan. Minggu ini kami singkap dua pilihan sajian berbuka puasa mewah untuk anda yang gemarkan variasi dan rasa yang berkualiti. 

 

 

‘Santapan Warisan’ di Pasar Baru

Bersempena dengan bulan Ramadan yang mulia ini, hotel bertaraf lima bintang New World Petaling Jaya Hotel menzahirkan konsep berbuka puasa yang lebih meriah di restoran Pasar Baru mereka.

Disediakan oleh cef eksekutif berbakat mereka Khalil Zakhem bersama rakan-rakannya yang lain, mereka menampilkan lebih 100 jenis hidangan tempatan dan tradisional untuk dinikmati oleh para pelanggan.

Mulakan santapan dengan ajnas pembuka selera berteraskan kerabu seperti kerabu ayam, kerabu mangga, kerabu timun dan banyak lagi. 

Tidak ketinggalan juga sajian seumpama salai-salai, beriani buluh, ayam penyet, nasi kandar, kambing masak merah, kari kepala ikan, ayam tanduri, murtabak serta macam-macam lagi.

Pasar Baru juga terkenal dengan sate khas ayam dan daging mereka yang dibuat mengikut pesanan selain tusukan makanan laut bakar dan bubur lambuk tradisional mereka. Tidak ketinggalan sup gearbox mereka yang lazat. 

Namun tumpuan unik di Pasar Baru adalah kambing panggang timur tengah mereka yang dihidangkan bersama nasi kabsa dan sos iringan.

Lengkapkan juga sajian dengan pencuci mulut seperti pisang goreng, bubur durian, kek keju serta aneka kuih-muih dan aiskrim. Nikmati juga minuman berupa air soya, sirap bandung, serta air tebu segar untuk menghilangkan dahaga tika berbuka puasa. 

 ‘Santapan Warisan’ boleh dinikmati di Pasar Baru bermula 13 April hingga 12 Mei 2021 dari jam 6.30 petang hingga 10.30 malam pada harga RM148 nett untuk dewasa dan RM74 nett untuk kanak-kanak enam hingga 12 tahun.

Terdapat juga pakej khas untuk tempahan korporat yang inginkan suasana lebih peribadi kala berbuka puasa.

Untuk keterangan lanjut dan tempahan hubungi (60) 12 3909949, (60) 10 2163810 atau (603) 7682 0000 serta melalui e-mel di [email protected].

‘Meriah Kembali’ di One World Hotel Petaling Jaya

Adakah anda penggemar makanan nusantara yang sedap dan enak?Cinnamon Coffee House, One World kini kembali menawarkan bufet Ramadan bertemakan ‘Meriah Kembali’ dengan menu yang menyelerakan. 

Sajian bufet ini tidak terhad kepada makanan tradisi Melayu tetapi ia juga menyediakan menu popular bercita rasa antarabangsa yang dijamin lazat. Bagi memulakan eksplorasi rasa,  anda boleh mencuba hidangan pembuka selera dengan aneka kuih-muih.

Sesudah itu, bolehlah menikmati hidangan utama yang menjadi bintang bufet Ramadan ini. Antara menunya adalah masakan Melayu klasik yang menjadi kegemaran orang ramai seperti sup gearbox, bubur lambuk, lemang, ayam balado, udang sambal petai, daging gulai lemak, paru goreng bercili, patin gulai tempoyak, sayur lodeh suhun, nasi beriani dan dalca tulang kambing, otak - otak, ikan bakar, sate dan lain-lain. 

Selain itu,  mi udang, roti jala, kebab, char kuetiau, popia basah, sashimi, tempura, pasta, seafood lasagne, chicken roulade, minute steak, Shepherd's pie dan sosej lamb juga dihidangkan.

Untuk mengakhiri hidangan anda, terdapat pilihan hidangan pencuci mulut seperti bubur pengat pisang, pulut serawa durian, cendol jagung, ais kacang, agar-agar, apam balik, baklava, kek batik, entremet kopi, crème caramel, panna cotta, tiramisu cake, fruit tartlet dan apple pie.

Promosi Meriah Kembali boleh didapati dari jam 6.30 petang hingga 10.30 malam setiap malam dan berharga RM158.00 setiap dewasa dan RM79.00 setiap kanak-kanak berumur enam hingga dua belas tahun. 

Untuk tempahan dan pertanyaan lebih lanjut seperti promosi atau tempahan boleh hubungi talian 03-76811157 atau emailkan kepada [email protected]. – Getaran, 19 April 2021

Berita Berkaitan

1

Refleksi 1 bulan yang lalu

Bina Iman Untuk Ramadan, Lupakan Sementara Bina Otot - Murad

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Kukuhkan Lagi Kerjasama Dengan Thailand - PM

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pengamal Media Main Peranan Penting Beri Pandangan, Ulasan - PM

4

Kisah Kita 1 bulan yang lalu

Sukar Diperoleh, Namun Suami Isteri Pastikan Bekalan Buah Kabung Tersedia Setiap Ramadan

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi