Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Dulu Sajian Istana Terengganu, Kini Tart Nangka Dikongsi Jelata

Selera Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Oct 2022 6:08PM

Tart Nangka Padang Maziah dulunya dihasilkan untuk dihidangkan kepada golongan bangsawan semasa keraian tertentu. - Gambar dari Facebook Kuih Tart Padang Maziah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Umum sudah terlazim dengan tart nanas - sejenis “biskut raya” yang lemak gebu dengan keenakan masam manis buah nanas dan cair di dalam mulut - namun bagaimana pula dengan tart nangka?

Bukan sesuatu yang menghairankan jika ramai yang tidak tahu akan kewujudannya. Malah, penulis juga hanya mengetahuinya semasa berkunjung ke sebuah reruai di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022, di Serdang, Selangor pada Ogos lepas.

Hakikatnya, tart nangka adalah sajian istana Terengganu pada zaman dahulu dan hanya dinikmati oleh golongan bangsawan semasa keraian tertentu.

Berkongsi sejarah tart nangka kepada Bernama, Tengku Noor Mahirah Tengku Munawir yang mengusahakan Tart Nangka Padang Maziah, berkata pada 1950-an, moyangnya mula membuat kuih itu untuk orang kebanyakan.

Dari situ bermula perniagaan keluarganya.

 

RESIPI TURUN-TEMURUN 

Bercerita lanjut, usahawan berusia 32 tahun itu berkata pada 2007, ibunya Tengku Noor Anita Tengku Abdullah memutuskan untuk meluaskan perniagaan dengan membuka kedai bagi memudahkan pelanggan mendapatkan tart nangka air tangan keluarganya.

“Perniagaan keluarga ini saya teruskan kerana bagi saya tart nangka ini ‘rare’. Kita sudah biasa dengar tart nanas dan boleh bayang macam mana rasanya, tetapi ramai yang tidak boleh bayang rasa tart nangka,” ujar beliau, menambah rasa kuih itu seakan “kek dan kuih bahulu”.

Biskut Tart Nangka
Biskut Tart Nangka

Menurut beliau, bagi memastikan keaslian rasa, mereka menggunakan resipi turun-temurun keluarganya yang diamalkan sejak 1916, selain mengekalkan kaedah tradisional dalam pembuatan, iaitu menggunakan tangan.

Jelas Tengku Noor Mahirah,  bahan asas yang diperlukan sama seperti bahan membuat kek iaitu tepung dan telur yang kemudian diuli dengan tangan.

“Untuk inti atau jem tart nangka, ia diperbuat daripada isi nangka yang dikisar sehingga halus dan seterusnya dimasak di atas api sederhana sehingga menjadi jem yang boleh mengambil masa hingga empat jam,” katanya, menambah kira-kira 50 kilogram buah nangka diperlukan setiap minggu.

Kuih yang sudah siap dibentuk dalam pelbagai saiz dan corak - juga menggunakan tangan - kemudian dibakar selama 40 minit di dalam ketuhar elektrik.

 

PASARAN

"Untuk yang bersaiz besar iaitu antara sembilan dan 12 inci, ia diukir menggunakan tangan, berharga antara RM35 dan RM60 sebiji. Kebanyakannya dibeli pelanggan untuk dijadikan hantaran semasa pertunangan atau perkahwinan serta buah tangan.

“Untuk saiz biasa, satu pek mengandungi 13 biji dijual pada harga RM10, sementara satu balang yang mengandungi 33 biji tart nangka dijual pada harga RM25,” jelasnya. 

Menurutnya, bagi menghasilkan 300 biji tart nangka bersaiz kecil, ia mengambil masa kira-kira satu jam, manakala untuk sebiji tart besar yang siap berukir, ia memerlukan sekurang-kurangnya 50 minit. 

Ujar wanita itu, tart dihasilkan setiap hari dan dijual di kedai mereka di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu bagi pelanggan harian, namun penghasilan akan bertambah apabila tiba musim cuti persekolahan dan perayaan bagi memenuhi tempahan.

Menurut Tengku Noor Mahirah lagi, beliau pernah meraih jualan bernilai RM10,000 pada musim perayaan, dan setakat ini kebanyakan tempahan diterima dari  sekitar Terengganu dan juga beberapa negeri lain.

 

SASARAN

Menyifatkan tart nangka mempunyai kelompok peminat tersendiri, ibu kepada seorang cahaya mata lelaki berusia tujuh tahun itu berazam menembusi pasaran antarabangsa.

"Sudah tentu sasaran masa depan ingin memasarkan tart nangka yang merupakan lambang kemegahan negeri Terengganu ini di persada antarabangsa,” katanya.

Buat masa ini, Tengku Noor Mahirah yang pernah memenangi tempat ketiga dalam Program Satu Daerah Satu Industri di Kuala Terengganu pada 2010, memanfaatkan media sosial untuk mempromosikan tart nangka keluaran keluarganya.

Menurutnya lagi, selain beliau terdapat dua lagi pengusaha tart nangka di Terengganu.

Namun ujarnya, Tart Nangka Padang Maziah mempunyai keunikan tersendiri kerana masih mengekalkan “rasa sajian istana”.

Malah, katanya, nama perniagaan mereka juga bersempena kediaman keluarga yang terletak di hadapan Istana Maziah di Jalan Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, di mana moyangnya memulakan penghasilan tart nangka untuk orang biasa.  

“Kami juga pernah menerima tempahan daripada istana,” kongsinya. - Bernama

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi