web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


2 ‘Superfood’ Untuk Jalani Puasa Dengan Mudah

Amalkan pemakanan sihat ini untuk anda jalani bulan Ramadan dengan penuh senyuman.

Selera Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Apr 2021 2:30PM

Gambar: Brenda Godinez

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kala berpuasa, tubuh kehilangan banyak air. Anda digalakkan mengambil makanan yang dapat memberi tenaga di sepanjang bulan Ramadan, baik bersahur mahupun berbuka. 

Oleh itu, anda disarankan mengambil makanan yang seimbang serta mengurangkan makanan yang berminyak atau bersantan. 

Nah, dua makanan berikut boleh anda jadikan sebagai amalan sepanjang bulan puasa nanti:

Gambar: Mona Mok
Gambar: Mona Mok

Kurma memberi tenaga segera

Sunat untuk berbuka dengan kurma. Kurma (Phonex Dactylifera) atau Tamar dikatakan buah yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan, di mana sebahagian daripadanya sudah terbukti secara saintifik. 

Kandungan protein di dalam kurma adalah lebih kurang 2.5%, serat 8.0% manakala kandungan gulanya pula adalah sangat tinggi yakni sehingga 63%. Majoritinya adalah glukosa. Lemak yang terkandung di dalamnya pula sangat sedikit iaitu sekitar 0.4% sahaja.

Kurma juga kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C. Kurma paling cepat diproses dan diserap perut. Antara khasiatnya, kurma berupaya memberikan tenaga dalam kadar segera kerana diserap oleh tubuh secara serta-merta.

Gambar: Yulia Khlebnikova
Gambar: Yulia Khlebnikova

Khasiat Biji Chia

Jalani ibadah puasa dengan penuh semangat dengan khasiat biji chia. Kaya dengan Omega 3, protein, serat dan antioksidan, biji chia bolehlah dikategorikan sebagai superfood di bulan puasa. Ia adalah tanaman purba tamadun Maya dan Aztec. 

‘Chia’ adalah perkataan Maya yang bermaksud ‘kekuatan’. Ia mengandungi Omega 3 untuk kesihatan jantung dan sembilan asid amino serta nutrisi-nutrisi penting seperti kalsium, magnesium dan vitamin B3.

Kaya dengan kandungan serat yang tinggi, biji chia mampu memberikan anda tenaga yang berpanjangan semasa berpuasa, menjadikannya pilihan yang bijak untuk sahur. Hanya tambah satu sudu besar biji chia ke dalam makanan atau minuman untuk mendapatkan khasiatnya.

Proteinnya turut membantu mengawal selera makan, pola tidur dan emosi anda. biji chia amat bersesuaian diambil ketika Ramadan tatkala badan anda cuba menyesuaikan diri dengan perubahan pemakanan dan gaya hidup di bulan puasa. – Getaran, 12 April 2021

Semua gambar: Unsplash

Berita Berkaitan

1

Rencana 3 bulan yang lalu

Ramadan: Waktu Menyemai Disiplin Jiwa, Pembebasan Hati

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Rakyat Manfaat SARA Untuk Persiapan Tahun Baharu Cina, Ramadan

3

Refleksi 2 tahun yang lalu

Bina Iman Untuk Ramadan, Lupakan Sementara Bina Otot - Murad

4

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Sukar Diperoleh, Namun Suami Isteri Pastikan Bekalan Buah Kabung Tersedia Setiap Ramadan

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi