web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tabiat Pemakanan Untuk Kehidupan Cergas

Pemakanan dan kecergasan saling berkaitan. Ketahuilah jenis pemakanan yang sesuai, seiring waktu sebelum dan selepas sesebuah kecergasan.

Selera Dikemaskini 5 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 05 Apr 2021 3:40PM

Gambar: Gabrielle Henderson

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pernahkah anda merasa seperti selalu mengabaikan kesihatan? Atau sering terperangkap dalam keadaan yang sibuk dengan tugasan harian sehinggakan tiada masa untuk makan? Ketahuilah pemakanan dan kecergasan saling berkaitan. 

Kecergasan itu juga sangat berkaitan dengan kesihatan. Ia seperti kesan domino. Untuk sihat, anda perlu cergas. Makanya, tabiat pemakanan sehari-hari turut mempengaruhi kesan aktiviti kecergasan anda bagi mencapai tujuan kesihatan itu tadi. 

Berikut tiga tabiat pemakanan untuk mencapai gaya hidup cergas, seperti yang tertera:

Gambar: Brooke Lark
Gambar: Brooke Lark

Sarapan sihat

Jika anda seorang yang gemar melakukan aktiviti kecergasan pada pagi hari, silakan makan sarapan satu jam sebelum bersenam. Rata-rata tenaga hasil daripada makan malam sudah pun digunakan badan sewaktu tidur. Jadi, kandungan gula dalam darah mungkin sudah berkurangan.

Namun, terserah anda. Sarapan juga boleh diambil satu jam selepas melakukan aktiviti kecergasan. Makan sarapan yang ringan dan minum minuman sukan untuk menaikkan takat gula dalam darah. Gunakan karbohidrat untuk tenaga maksimum.

Sarapan yang sihat merangkumi madu, bijirin, roti gandum, pisang, beri, susu rendah lemak dan yogurt. 

Gambar: Brooke Lark
Gambar: Brooke Lark

Saiz Penting

Hati-hati dengan kadar pengambilan makanan. Sebaiknya, jangan terlalu berlebihan atau berkurangan sebelum atau selepas melakukan senaman. 

Makan terlalu banyak sebelum senaman bakal membuat anda menjadi lambat, manakala makan dengan jumlah yang terlalu kecil pula akan membuatkan anda tidak punya tenaga dan daya yang secukupnya untuk melunaskan senaman secara tuntas. 

Cadangan pengambilan sarapan ideal:

  • Hidangan besar- tiga jam sebelum senaman
  • Hidangan kecil- dua jam sebelum senaman
  • Makanan sampingan- satu jam sebelum senaman
Gambar: Element5 Digital
Gambar: Element5 Digital

Makanan Sampingan

Sekiranya, anda mempunyai masa yang singkat sebelum melakukan aktiviti, makanan sampingan perlu diambil sebelum dan selepas senaman. 

Dinasihatkan memakan makanan sampingan yang berkhasiat seperti bar tenaga, coklat, biskut rendah gula, minuman protein, minuman buah kisar, pisang atau buah-buahan. 

Makanan sampingan sangat penting sekiranya anda seorang yang sentiasa sibuk, tidak punya masa atau hanya memiliki masa selama satu jam sebelum memasuki gimnasium. – Getaran, 5 April 2021

Semua Gambar: Unsplash

Berita Berkaitan

1

Selera 1 tahun yang lalu

8 Makanan Yang Sejukkan Badan, Sesuai Untuk Musim Panas!

2

Refleksi 2 tahun yang lalu

Bina Iman Untuk Ramadan, Lupakan Sementara Bina Otot - Murad

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Makanan Di Gaza Tidak Mencukupi - Agensi PBB

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Jom Makan-Makan Di Ipoh? Wajib Cuba 4 Restoran Ini!

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi