Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Ketahui 11 Manfaat Jus 'Wheatgrass' Untuk Kesihatan Dan Kecantikan

Dalam satu kajian yang dijalankan pada 2018, wheatgrass didapati mengandungi mineral, fitokimia, enzim aktif dan vitamin yang mudah diserap dan pengambilannya boleh memberi manfaat kesihatan.

Selera Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Aug 2022 3:30PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mengapa diet wheatgrass baik untuk tubuh badan? Ini kerana wheatgrass kaya dengan klorofil dan zat yang boleh membantu untuk melawan radikal bebas yang merosakkan tubuh badan.

Ia juga sumber semula jadi vitamin A, C, E, K dan B mineral dan enzim termasuk zat besi, magnesium, kalsium, kalium, zink dan asid amino. Wheatgrass boleh diambil untuk tujuan kesihatan dan kecantikan sekali gus.

Dalam satu kajian yang dijalankan pada 2018, wheatgrass didapati mengandungi mineral, fitokimia, enzim aktif, dan vitamin yang mudah diserap. Pengambilan jus wheatgrass boleh memberi manfaat kesihatan yang lebih baik.

Protein yang terdapat dalam wheatgrass didapati membantu dalam mencegah banyak penyakit, tekanan oksidatif, metabolisme primer, penyimpanan dan mekanisme berkaitan tenaga. 

Pengambilan jus wheatgrass boleh memberi manfaat kesihatan yang lebih baik - Gambar Hiasan Unsplash
Pengambilan jus wheatgrass boleh memberi manfaat kesihatan yang lebih baik - Gambar Hiasan Unsplash

Antara kelebihan jus wheatgrass adalah :-

1) Mengandungi kadar antioksidan yang sangat tinggi serta bersifat antiradang yang mampu membunuh bakteria dan virus di dalam tubuh badan.

2) Daun hijau wheatgrass mengandungi klorofil yang berfungsi sebagai komponen penting untuk darah.

3) Klorofil mengandungi enzim hidup yang mampu melawan radikal bebas di dalam badan untuk melambatkan proses penuaan.

4) Wheatgrass boleh mengawal dan melancarkan peredaran darah serta menambah sel-sel darah merah sehingga boleh membantu mencegah masalah anemia. 

5) Membantu untuk menangani penyakit usus dan meningkatkan penghadaman.

6) Membantu proses penurunan berat badan dan mencegah obesiti kerana ia mengandungi bahan penting yang mampu merangsang kelenjar tiroid dan mengawal sistem endokrin untuk mendapatkan berat badan bersesuaian.

Jus wheatgrass dikatakan boleh membantu proses penurunan berat badan - Gambar Hiasan
Jus wheatgrass dikatakan boleh membantu proses penurunan berat badan - Gambar Hiasan

7) Mengawal nafsu makan kerana ia mengandungi banyak nutrisi sehingga tubuh badan anda tidak menginginkan makanan lain. Caranya, minum segelas jus wheatgrass setiap hari ketika perut masih kosong.

8) Mampu menyingkirkan toksin dalam badan dan meremajakan sistem peredaran darah.

9) Menstabilkan kadar lemak sehingga mengurangkan risiko kolesterol tinggi.

10) Membantu memperlambatkan proses penuaan. Kandungan antioksidannya yang tinggi membantu meneutralkan radikal bebas yang merupakan penyebab penuaan sel dan tubuh badan. 

11) Minum jus wheatgrass untuk mengatasi masalah uban. Getaran - 15 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 3 minggu yang lalu

Hati-Hati Memandu Ketika Hujan

2

Muzik 1 bulan yang lalu

3 Kumpulan Muzik 'Bawah Tanah' Gegarkan 6,000 Pengikut

3

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Suasana Menghijau Berhampiran Mekah

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Hujan Lebat Berterusan Tahap Waspada Dijangka Di Beberapa Negeri Hingga Isnin

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi