web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


R-WE Sambal Pelbagai Perisa Daripada Awie

Buah tangan baharu Datuk Awie untuk para peminatnya bukanlah 'single' atau filem baru tetapi rangkaian sambal segera dan perapan. Apa istimewanya R-WE?

Selera Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Apr 2021 9:10AM

Gambar: Sadiq Asyraf Mohd Yusof

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Vokalis Wings, Datuk Awie kini tampil dengan buah tangan terbaharu yang cukup berbeza. Bukan single terbaharu, tetapi dengan rangkaian produk sambal segera, kambing perap dan ayam perap di bawah jenama R-WE.

Menggunakan tagline ‘sambal sedia dimakan yang pasti akan membuat kening anda terangkat’, resepi sambal ini 100 peratus dihasilkan mengikut citarasa Awie sendiri. Terdapat empat jenis sambal yang boleh dijadikan pilihan iaitu Sambal Merah, Sambal Paru, Sambal Ikan Sepat Masin, dan Sambal Ikan Kembung Masin.  

Selain boleh dimakan begitu sahaja bersama nasi putih, sambal-sambal ini juga boleh dijadikan pes segera untuk memasak hidangan kegemaran ramai seperti nasi goreng, bihun goreng, sambal udang dan juga sambal bilis dan kentang. 

Ketika ditemui pada majlis pelancaran R-WE baru-baru ini, Awie memberitahu dia yakin sambal dan juga produk perapan yang dihasilkan oleh syarikatnya, Rumah Produksi Merah mampu menambat selera pencinta makanan memandangkan dia mengambil masa yang agak lama untuk menghasilkan resepi terbaik.

“Saya tidak punya pengalaman dalam bisnes makanan, jadi untuk menghasilkan produk sebegini sudah tentu saya mahu pastikan ia boleh memikat selera pengguna di luar sana. Saya ambil masa kira-kira tiga bulan untuk menghasilkan resepi yang diyakini terbaik. 

Selain saya sendiri, ada 50 orang individu lain yang terlibat dengan ujian rasa. Setiap kali mereka (pihak kilang) bagi sampel sambal untuk dirasa, saya dan team akan bagi pandangan masing-masing. Saya suka makanan pedas, jadi sambal-sambal ini memang agak pedas dan sebab itu ia sesuai untuk dijadikan perencah masakan lain,” ujar Awie.

Tambah Awie lagi, cetusan idea untuk menghasilkan produk makanan ini bermula ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan pada Mac tahun lalu. 

“Saya tahu ramai yang terjejas dengan pandemik COVID-19, termasuklah saya sendiri. Demi kelangsungan hidup, kita perlu mencari jalan untuk mendapatkan sumber pendapatan. Saya harap dengan adanya rangkaian produk ini, saya boleh membantu mereka yang terkesan.”

“Mereka yang jadi ejen atau stokis dapat jual produk saya sekali gus menambah pendapatan. Saya memang niat nak tolong orang dan berkongsi rezeki menerusi perniagaan terbaharu ini. Biarlah apa pun pandangan orang lain, saya tidak kisah,” ujar Awie lagi.

Sambal Paru, Sambal Ikan Sepat Masin, Sambal Ikan Kembung Masin dijual pada harga RM25 sebotol. Manakala Sambal Merah berharga RM18 sahaja. Sementara Kambing Perap R-WE (500 gram) berharga RM38 dan Ayam Perap R-WE (1 kilogram) berharga RM25.

Mereka yang berminat untuk menjadi ejen atau stokis boleh layari www.rwefood.my untuk maklumat lanjut. – Getaran, 5 April 2021

Semua gambar: Sadiq Asyraf Mohd Yusof

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi