web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kicap Jepun Halal, Hamadaya, Dilancarkan Di Malaysia

Hamadaya, jenama kicap dari Jepun yang halal kini berada dalam pasaran Malaysia secara rasmi.

Selera Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Apr 2021 8:45AM

Gambar: Mohd. Azim Abd. Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ramai rakyat Malaysia yang menyukai makanan khas Jepun seperti sushi dan sashimi. Namun ramai juga yang menitikberatkan status halal setiap juadah yang dinikmati.

Makanan Jepun biasanya dimakan bersama kicap khas buatan mereka dan pernah timbul isu kicap yang digunakan mengandungi bahan yang tidak halal.

Menyedari keperluan tersebut, kini muncul Hamadaya, satu jenama kicap dari Jepun yang baru berada dalam pasaran Malaysia secara rasmi. 

Resipi keluarga secara turun-temurun yang telah teruji selama 200 tahun ini dihasilkan untuk pasaran tempatan dengan standard penghasilan makanan bertaraf antarabangsa dan berstatus halal. 

“Kicap-kicap Hamadaya kami diperakui halal oleh JAKIM. Permintaan berterusan terhadap produk-produk makanan Jepun yang diiktiraf halal membuatkan kami amat teruja untuk menjadi syarikat yang memperkenalkan kicap yang pernah memenangi anugerah ini ke dalam pasaran Malaysia.

“Kami memperkenalkannya ke pasaran Malaysia pada Oktober 2020 dan maklum balas yang diterima sehingga kini sangat menggalakkan,” kata Pengarah  Urusan Bidor Kwong Heng, Khaw Teik Lye, pengeluar produk tersebut di Malaysia.

Kicap-kicap Hamadaya sesuai digunakan dalam masakan Asia hinggalah kepada hidangan dari Barat. Malah, Monde Selection dan International Taste Institute telah mengiktiraf keunggulan rasa dan kelazatan warisan resipi Hamadaya yang berusia 200 tahun. 

Bidor Kwong Heng mula menghasilkan kicap-kicap Hamadaya keluaran Malaysia pada Oktober 2020 selepas diberikan hak dan lesen mengilang menerusi pemindahan teknologi dan perkongsian resipi keluarga berusia 200 tahun dari Hamadaya Jepun. 

Heritage Foods memanfaatkan keupayaan Bidor Kwong Heng dan Hamadaya secara strategik untuk memperkenalkan kicap-kicap Jepun yang halal ke dalam pasaran rantau Asia Tenggara. 

Sewaktu acara pelancarannya di Japas by Jeff Ramsey minggu lalu, cef Jeff Ramsey telah menunjukkan aneka cara untuk menggunakan kicap berstatus halal ini dalam ajnas jenis masakan. Ini termasuklah di dalam mi, atau bersama jagung dan mentega, serta ikan, daging dan aneka sayuran.

Kesemuanya menghasilkan juadah yang lazat dan berperisa. 

Dengan harga bermula daripada RM 8.90 sebotol, kicap-kicap Hamadaya kini boleh dibeli di pasar raya AEON, AEON Big, AEON MaxValu Prime, Village Grocer dan Jaya Grocer. Pelanggan-pelanggan juga boleh membelinya secara dalam talian menerusi Lazada dan Shopee. 

Rangkaian kicap dan sos ini juga boleh didapati di pasar raya The Store, Cold Storage, Giant dan Mercato bermula dari pertengahan April - Getaran, 5 April 2021

Semua gambar: Mohd. Azim Abd. Rahman

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

M’sia Komited Perkukuh Hubungan 2 Hala, Wujud Pertumbuhan Mampan Dengan Bahrain - PM

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Lawatan Kerja Singkat PM Ke Jepun Perkukuh Hubungan KL-Tokyo

3

Selera 2 tahun yang lalu

Tangkak Beef Noodle House Kini Sah Halal, Buka Cawangan Kedua Di Berjaya Times Square

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Pencipta Dragon Ball, Akira Toriyama Meninggal Dunia

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi