Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Pelajar UMK Sertai Pertandingan Memasak Guna Produk Halal Taiwan

Pertandingan itu yang diadakan di Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur, akan disertai dua pelajar Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan (FHPK), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bagi setiap pasukan.

Selera Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jul 2022 6:28PM

Gambar ihsan Taiwan Techtrans

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Lima pasukan dari Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan (FHPK), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) akan menyertai pertandingan memasak berasaskan bahan gantian daging menggunakan sayuran dan produk halal dari Taiwan pada 6 Ogos ini.

Pertandingan itu yang diadakan di Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur, akan disertai dua pelajar FHPK bagi setiap pasukan. 

Anjuran Biro Perdagangan Luar Negara (BOFT) Taiwan dan TAITRA (Majlis Pembangunan Perdagangan Luar Taiwan) ia bertujuan mempamerkan hasil makanan daripada bahan gantian daging yang berasaskan sayuran dan produk yang diperakui halal. 

Pengarah Pusat Dagangan Taiwan di Kuala Lumpur, Eva Peng berkata terdapat 11 produk daripada sembilan jenama dari negara Taiwan telah diterbangkan khas untuk pertandingan itu.

“Pihak penganjur berbesar hati dapat bekerjasama dengan FHPK, UMK dan percaya acara sebegini akan membawa lebih banyak manfaat untuk memperkenalkan bahan makanan halal yang berkualiti dari negara Taiwan,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Peng percaya kesedaran mengenai kepentingan kesihatan yang semakin meningkat dalam kalangan rakyat Malaysia merupakan faktor pendorong kepada peningkatan populariti bahan gantian daging berasaskan sayuran di Malaysia.

Sementara itu, Pensyarah FHPK, UMK, Encik Abdullah Muhamed Yusoff berkata pertandingan memasak itu adalah  kerjasama pertama UMK dengan Pusat Halal Taiwan.

“Dengan kerjasama ini, diharap akan lebih mengeratkan lagi hubungan antara kedua-dua belah pihak dan melalui pertandingan ini juga dapat melihat inovatif dan kreativiti pelajar bagi menyediakan hidangan yang bertema bahan gantian daging berasaskan sayuran,” katanya yang juga seorang daripada hakim pertandingan memasak itu.

Pasukan yang bergelar juara akan membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 dan pemenang juga akan membawa pulang periuk dan pisau titanium berkualiti tinggi daripada Plus Perfect.

Cef selebriti antarabangsa, Cef Johari Edrus atau lebih dikenali sebagai Cef Jo antara hakim jemputan manakala Pengarah Bahagian Ekonomi Pejabat Ekonomi & Kebudayaan Taipei di Malaysia, James Chang akan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Produk gantian daging berasaskan sayuran yang ditampilkan dalam pertandingan itu adalah keluaran pengeluar terkenal yang disahkan halal dari Taiwan, termasuk syarikat seperti No Meating, Land Young Foods, GoldenCrops (Sungift) dan Vegefarm dipasarkan secara meluas di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web https://bit.ly/3nIBDrR. - Bernama

Isu Pada

'Time Bomb' Isaac Voo

30 Jul 2022

Sorotan

1

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

2

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

3

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

4

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

5

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

6

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

7

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Jangan Buang Serbuk Kopi Terpakai, Boleh Buat Skrub DIY