Berita Terkini

8 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Sajian Goreng Kilas Terbaik Asia Kini di Sunway Pyramid

Selera Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 May 2022 2:30PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Diilhamkan daripada masakan gaya Kantonis, Wok Hey telah dicetuskan untuk mencipta tafsiran moden kepada makanan goreng kilas tradisional Asia dalam bekas khas untuk dibawa pulang. 

Sejak dibuka pada tahun 2017, Wok Hey berpegang dengan kepercayaan bahawa suatu hari nanti sajian goreng kilas Asia akan menjadi satu makanan yang menjadi kegemaran ramai di seluruh dunia.

Dengan lebih 34 cawangan di Singapura, restoran kegemaran warga kota Singa ini akhirnya terbang merentasi lautan dengan membuka cawangan antarabangsanya yang pertama di Sunway Pyramid pada pertengahan Januari lalu. 

Terletak di aras LG2.43A, Wok Hey bersedia untuk memikat selera rakyat Malaysia dengan hidangan goreng kilas terbaik Singapura, yang mempunyai kelazatan ‘wok hei’ sejati.

Jangan lepaskan peluang mencuba sajian nasi gorengnya kerana Wok Hey pernah meraih gelaran Nasi Goreng Terbaik Singapura daripada Persatuan Restoran Singapura pada tahun 2021. Malah, ia juga dinobatkan sebagai Jenama F&B Paling Inovatif (Berbilang Cawangan) daripada pertubuhan yang sama pada tahun 2021. 

Egg Fried Rice
Egg Fried Rice

Untuk menarik minat pelbagai lapisan masyarakat, Wok Hey memastikan setiap hidangan menawarkan masakan ruji Asia yang lazat dan sihat - nasi dan mi, sebagai hidangan utama.

Ini kemudiannya disesuaikan untuk semua orang dan semua citarasa, dengan pelbagai pilihan dan gabungan bahan-bahan berkualiti. 

Ini termasuklah bahan-bahan yang diperoleh dengan teliti daripada komuniti petani serantau dan beras yang dituai dari sawah padi yang merimbun di Jepun. Hasilnya, Wok Hey menghimpunkan makanan berkualiti tinggi, berpatutan dan segar yang pasti membuatkan setiap suapan cukup lazat dan membahagiakan.

Shanghai Fried Rice
Shanghai Fried Rice

Cef terlatih, dapur terbuka

Berpegang teguh dengan cara tersendiri Wok Hey, cef atau tukang masak di cawangan Sunway Pyramid dilatih untuk mengekalkan taraf tinggi yang dicapai jenama itu di Singapura.

Konsep dapur terbuka membolehkan pengunjung untuk melihat sendiri setiap ramuan yang digunakan dalam setiap hidangan. Lebih penting lagi, anda boleh mengintai standard kebersihan restoran ini. 

Selain menggunakan peralatan dapur buatan khas yang mesra alam, setiap hidangan di Wok Hey juga disediakan di dalam bekas yang direka khas agar sesuai dengan mereka yang ingin makanan pantas sambil mengekalkan kesegaran. 

Tidak perlu teragak-agak atau berkira-kira lagi, anda boleh mendapatkan hidangan WOK HEY yang memenangi anugerah yang disediakan oleh barisan cef berkemahiran tinggi dan konsisten, termasuk pilihan nasi goreng telur, Nasi Goreng Shanghai, serta gabungan ramen dan udon segar yang boleh diubahsuai sepenuhnya mengikut citarasa tersendiri.

Fresh Ramen
Fresh Ramen

"Setelah mencipta konsep yang terkemuka, moden dan digemari ramai di Singapura, kami tahu ini adalah masa yang sesuai untuk memperkenalkan jenama ini kepada negara-negara jiran kami.

Kami menghabiskan banyak masa dan tenaga untuk mengusahakan bekalan, proses dan latihan kakitangan untuk memastikan Malaysia turut menikmati kualiti yang terbaik. Kami berharap masyarakat tempatan akan sukakan masakan kami seperti mana kami sukakannya," ujar Pengasas Bersama merangkap Pengarah Wok Hey, Jake Chia.

Fresh Udon
Fresh Udon

Jika anda salah seorang penggemar makanan jalanan, terutamanya sajian goreng kilas, panjangkanlah langkah anda ke Wok Hey, Sunway Pyramid. Tentang harga, anda tidak perlu risau kerana setiap hidangan dijual pada harga berpatutan. Untuk maklumat lanjut berkenaan WOK HEY, sila layari Wok Hey dan ikuti akaun media sosial @mywokhey. - Getaran, 23 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 minggu yang lalu

Trend 'Alamak' Dah Merebak Ke Singapura 

2

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

3

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Singapura Akan Naikkan Usia Persaraan, Bekerja Semula Pada 2026

4

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Malang Tidak Berbau, 2 Motosikal Jadi Mangsa

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

3 Rakyat Malaysia Kayuh Basikal Tiba Di Madinah

Gaya 1 hari yang lalu

Diskaun Sana-sini, Peluang Tambah Koleksi Baju Raya Ke Rumah Terbuka

Syawal adalah masa terbaik untuk menambah koleksi baju raya memandangkan banyak potongan harga yang ditawarkan.

oleh Rahayu MN

Refleksi 1 hari yang lalu

Adab Menghadiri Rumah Terbuka

Betulkan niat, jauhi tingkah laku yang menjengkelkan sehingga menyusahkan tuan rumah

oleh Rahayu MN

Refleksi 2 jam yang lalu

Ketahui 4 Manfaat Membersihkan Rumah

oleh Rahayu MN