web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Elak 5 Makanan Ini Sepanjang Musim Perayaan

Jika memenuhi undangan rumah terbuka Raya, seleksi yang ada membuat rambang mata. Jadi bagaimana agaknya cara untuk mengawal berat dan selera makan sepanjang musim perayaan ini?

Selera Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 May 2022 5:00PM

Gambar Hiasan: Rahayu MN

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bagi sesetengah individu, bulan Ramadan adalah masa yang terbaik untuk menyingkirkan sejumlah kilogram demi tubuh badan yang lebih sihat. Lemak dapat disingkirkan, kolesterol dalam dikurangkan, gula dalam darah juga tidak mustahil dapat diturunkan. 

Namun, sambutan Syawal kini tidak mustahil bakal merosakkan diet. Ketupat, lemang, rendang, kuah kacang, sate dan biskut raya tidak mungkin dipandang begitu sahaja. Jika memenuhi undangan rumah terbuka, seleksi yang ada lebih rambang mata. Jadi bagaimana agaknya cara untuk mengawal berat dan selera makan sepanjang musim perayaan ini?

Memandangkan menu-menu perayaan itu masih ingin dijamah, jadi cuba elakkan makanan yang boleh menyumbang kepada peningkatan berat badan.  Semak senarai makanan berikut dan cuba elakkan sepanjang musim perayaan ini.

1) Jus buah-buahan

Jus buah-buahan sebenarnya mempunyai kandungan gula yang sangat tinggi. Apabila anda berbuka dengan jus buah-buahan, ia akan meningkatkan kandungan gula di dalam darah secara drastik, namun ia akan kembali turun seperti semula jadi dan ini akan membuatkan perut terasa lapar semula.

2) Sushi

Sushi bukanlah makanan untuk berdiet. Ini kerana menu citarasa Jepun ini tinggi dengan kalori. Walaupun sushi bersaiz kecil , tetapi satu gulung (roll) sushi mengandungi lebih 500 kalori. Sushi tidak mudah mengenyangkan. Jadi anda akan makan lagi dan lagi!

3) Donut

Donut dengan pelbagai perisa mengandungi kandungan gula yang tinggi. Kandungan gula yang tinggi ini akan membuatkan tubuh menyerap insulin dengan lebih banyak. Situasi ini akan menyebabkan perut cepat lapar kerana terlalu banyak gula memasuki sel tubuh berbanding saluran darah.

4) Yogurt

Yogurt memang bagus untuk sistem penghadaman, namun pengambilan yogurt tanpa protein komplek tidak mungkin boleh mengenyangkan perut. Melainkan anda mencampurkannya dengan buah-buahan segar atau kekacang. Jadi, untuk elak diri makan lebih banyak, pilih menu yang terdiri daripada karbohidrat komplek.

5) Snek Masin

Snek atau kudap-kudapan yang tinggi dengan sodium memang akan membuatkan seseorang itu sukar berhenti mengunyah. Kandungan garam yang tinggi membuatkan tubuh badan mudah terhidrat dan ini menyebabkan anda ingin makan lagi dan lagi. 

 

Kawal pengambilan

Selain daripada mengelakkan lima jenis hidangan di atas, anda juga harus mengawal pengambilan hidangan raya yang memikat selera itu.

Jika mahu berkunjung ke majlis atau rumah terbuka janganlah bersikap tamak. Makanlah secara berpada-pada. Lebih baik lapik perut dengan hidangan ringkas di rumah sendiri, sebelum bertandang ke rumah terbuka dalam keadaan perut lapar.

Jika tuan rumah turut menyediakan air kosong untuk tetamu, lebih baik pilih air ini daripada deretan air manis yang semestinya tinggi kandungan gula. Amalkan pengambilan buah-buahan atau salad terlebih dahulu sebelum menjamah hidangan lain. 

Kandungan serat dalam dua hidangan ini membantu anda cepat kenyang dan ini akan mengelakkan anda makan secara berlebihan.

Satu lagi tip, patuhi tertib hidangan secara bufet. Jangan isi pinggan sehingga membumbung. Ingat, jika tidak cukup, anda sentiasa boleh kembali ke kaunter hidangan. Cara itu juga bagi elakkan sebarang pembaziran. - Getaran, 2 Mei 2022

Gambar Hiasan: Pexels

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Gaya 5 jam yang lalu

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

oleh Rahayu MN