web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


D'Empangan Udang Galah Sedia Menu Berasaskan Udang Galah

Bagi penggemar udang galah yang tercari-cari restoran yang menghidangkan pelbagai menu berasaskan udang galah di Lembah Klang, D’Empangan Udang Galah adalah lokasi yang perlu anda tujui.

Selera Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Mar 2021 8:58AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Udang galah adalah antara makanan yang sentiasa mendapat permintaan daripada penggemar makanan.

Biarpun harganya bukan murah, namun isinya yang manis dan berlemak sentiasa menjadi ‘igauan’ ramai. Jadi tidak hairanlah udang galah dimasak dalam pelbagai cara. 

Antara menu udang galah yang popular adalah udang galah masak lemak cili api, mi banjir udang galah, sambal tumis udang galah, nasi goreng udang galah dan mi bandung udang galah.

Jarang sekali ada yang menolak jika dihidangkan dengan menu-menu kegemaran ramai ini melainkan ada alahan.

Jadi, selalunya di mana anda menjamu selera dengan hidangan berasaskan udang galah?

Jika anda tinggal di Putrajaya atau berdekatan, apa kata panjangkan langkah ke restoran D’Empangan Udang Galah.

Restoran yang merupakan salah satu tempat makan popular di Putrajaya ini telah kembali merancakkan operasinya setelah sekian lama menyepi ekoran pandemik COVID-19.

Pemilik premis, Datin Zurinah Mohd berkata, kelonggaran yang diberikan kerajaan kepada pengusaha restoran memberi semangat baharu untuknya menghangatkan semula lokasi berkenaan, sekali gus membantu peniaga-peniaga gerai di situ menjana kembali pendapatan yang terjejas. 

"Impian saya adalah untuk menjadikan D’Empangan Udang Galah sebagai pusat komersil udang galah."

"Dalam Putrajaya ini, hanya kita sahaja yang menawarkan makanan berasaskan udang galah."

“Jadi selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), banyak perniagaan yang terjejas. Jadi, sebagai pemilik premis, menjadi tanggungjawab saya untuk menaikkan D’Empangan Udang Galah semula."

"Membawa objektif yang lebih besar, kami mahu menjadikan D’Empangan Udang Galah, sebagai salah satu tarikan pelancongan di Putrajaya," ujar beliau.

Menyediakan aneka hidangan berasaskan udang galah, pengunjung berpeluang menikmati hidangan yang lazat dengan harga berpatutan, sambil menyaksikan panorama indah Tasik Putrajaya terutamanya di waktu malam. 

Bukan itu sahaja, D’Empangan Udang Galah juga satu-satunya lokasi di Putrajaya yang berkonsepkan makan sambil berhibur, di mana pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan daripada  artis residen tetap antaranya Hail Amir, Razis Ismail, Shidee dan Isma AF.

Tidak terbatas pada hidangan berasaskan udang galah, D’Empangan Udang Galah juga menyediakan hampir sembilan buah gerai kecil ala kios dengan masing-masing menjual aneka menu yang pastinya tidak menghampakan selera.

Pengunjung juga boleh mencuba hidangan seperti char kuetiau, yong tau foo, roti john, nasi arab, nasi lemak pandan, nasi dagang serta gorengan seperti pisang, ubi, baby crab atau colek ala rojak.

Bagi mereka yang ingin membasahkan tekak dan sukakan makanan manis, gerai manisan dan aiskrim Sangkaya juga ada di sini dengan pilihan pelbagai pilihan menu mengasyikan.

D'Empangan Udang Galah juga bersedia untuk menyambut kedatangan bulan Ramadan dengan pelbagai pakej istimewa. 

Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini D'Empangan Udang Galah, anda boleh mengikuti akaun Instagram mereka @dempanganudanggalah - Getaran, 15 Mac 2021

Semua gambar: D'Empangan Udang Galah

Berita Berkaitan

1

Selera 2 bulan yang lalu

Menu Pizza Tropika Baharu Ceriakan Musim Perayaan

2

Selera 2 bulan yang lalu

Persiapan Akhir Raya: Hidangan Ringkas Jadi Pilihan Saat-Saat Terakhir

3

Selera 2 bulan yang lalu

Tealive Kini Di Rak Pasar Raya: Premix 3-Dalam-1 Dilancar Di Jaya Grocer

4

Selera 2 bulan yang lalu

Menu Ramadan Mesti Cuba Di The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi