web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Diet Perlu Tepat, Barulah Berat Badan Dapat Diturunkan

Ada caranya jika mahu berdiet. Kalau mahu cara paling tepat, harus jumpa pakar pemakanan dan kesihatan. Di sini kami kongsi petua asasnya.

Selera Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Feb 2021 9:50AM

Gambar: Bill Oxford, Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ramai wanita sanggup berdiet untuk mendapatkan berat badan yang diidamkan, tetapi bukan semua tahu cara yang betul. Pernah dengar tentang diet yo-yo? Diet ini buat berat badan sekejap naik, sekejap turun. Sebabnya, caranya tidak tepat. 

Untuk mengekalkan berat badan ideal, ada beberapa perkara yang perlu anda amalkan secara konsisten. Bukan separuh jalan, kemudian kembali kepada gaya hidup atau pola pemakanan yang tidak betul. Jom semak info berikut agar rutin diet anda tidak sia-sia! 

Gambar: Louis Hansel, Unsplash
Gambar: Louis Hansel, Unsplash

Ketika berdiet :-

1) Jangan melangkau waktu makan

2) Banyakkan minum air kosong

3) Makan sedikit tetapi kerap. Ini dapat meningkatkan metabolisme.

4) Makan makanan berkhasiat dan hindarkan makanan yang tinggi kandungan gula.

5) Perbanyakkan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam diet harian. 

6) Buat diari makanan. Tulis setiap makanan yang anda makan pada satu-satu masa.

Cara untuk kurus!

Jika mahu impian anda benar-benar terlaksana, perkara pertama yang harus dilakukan adalah berunding dengan doktor untuk mengenal pasti dan mengatasi masalah perubatan, biologi atau masalah psikologi yang menyebabkan masalah berlebihan berat badan. 

Selain itu, anda juga boleh mendapatkan khidmat nasihat pegawai pemakanan dietetik di hospital kerajaan ataupun swasta untuk mendapatkan nasihat cara menurunkan berat badan secara sihat dan selamat. 

Bagaimanapun, cara-cara berikut boleh dijadikan panduan asas:-

Gambar: Brooke Lark, Unsplash
Gambar: Brooke Lark, Unsplash

1) Jangan tinggalkan sarapan. Ini kerana apabila kandungan glukosa dalam darah berkurangan, anda akan makan lebih banyak pada waktu makan tengahari.

2) Makanlah mengikut saranan Piramid Makanan Malaysia. Jangan terus elakkan sumber gula dan lemak kerana ini boleh meningkatkan keinginan anda untuk makan. Selain itu, tubuh badan juga memerlukan nutrien yang terdapat dalam lemak dan karbohidrat.

3) Banyakkan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin penuh. Makanan ini mampu memberi rasa kenyang untuk tempoh yang lama.

4) Ambil makanan yang kaya dengan protein kerana protein berfungsi untuk membakar lemak di dalam badan.

5) Lakukan sedikit aktiviti selepas makan untuk mengelakkan rasa mengantuk. Mungkin boleh berjalan kaki atau menaiki tangga. Selain boleh menghilangkan rasa mengantuk, aktiviti ini boleh membakar sebahagian kalori daripada makanan yang diambil sebelum itu.

Gambar: Lindsay Henwood, Unsplash
Gambar: Lindsay Henwood, Unsplash

6) Kurangkan makanan bergaram. Makanan yang tinggi kandungan garam menggalakkan penahanan air. Jadi, apabila anda kurang mengambil garam, sekali gus tubuh badan tidak menahan air dengan banyak yang juga merupakan salah satu sebab berat badan tidak berkurangan.

7) Kunyah makanan dengan betul. Maksudnya, ketika makan kunyahlah dengan perlahan-lahan dan jangan tergopoh-gapah. Cuba kunyah makanan yang disuap menjadi cebisan kecil sebelum ditelan agar ia mudah dihadam kelak.

8)) Minum air kosong sekurang-kurangnya  8 gelas sehari. Meminum air dalam kuantiti yang banyak boleh menurunkan selera makan secara semula jadi.

9) Paling penting lakukan senaman dengan konsisten. Mulakan dengan berjalan beberapa minit dan perlahan-lahan tingkatkan jangka masa senaman sehingga 45-60 minit sehari setiap hari. Jika anda tidak pernah amalkan senaman, mendapatkan nasihat doktor sangat digalakkan.

10) Dapatkan sokongan daripada keluarga, rakan-rakan dan kumpulan sokongan. 

Selamat mencuba! Ingat, penurunan berat badan yang sihat dan realistik akan mengambil masa. Jadi, jangan memaksa diri sehingga berasa tertekan. Makan ikut keperluan kalori anda dan jangan biarkan perut lapar. Anda akhirnya akan makan lebih banyak jika berlapar - Getaran, 22 Februari 2021

Berita Berkaitan

1

Refleksi 2 tahun yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

2

TARA 2 tahun yang lalu

Wanita, Buatlah Ujian Saringan Kesihatan, Jangan Takut

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kesihatan, Pendidikan Terus Terima Peruntukan Terbesar Belanjawan 2024 - PM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Inisiatif 'Program MADANI Afiat' Bawa Khidmat KKM Kepada Komuniti - Dr Zaliha

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi