web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pemergian Siti Sarah Diratapi Rakan Selebriti

Pelakon Sharnaaz Ahmad akui tidak mampu berhadapan dengan dugaan yang dilalui Shuib, manakala penyanyi Ziana Zain pula hiba mengenangkan nasib anak-anak pelawak itu tanpa ibu di sisi.  

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Aug 2021 7:24PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kisah pemergian penyanyi Siti Sarah Raisuddin, 36, memang luar biasa. Ia bukan sahaja mendapat  liputan meluas media tempatan, tetapi turut menarik perhatian media Indonesia, Singapura, Australia,  Great Britain dan Amerika Syarikat.  

Kisah Siti Sarah menjadi bualan ramai apabila meninggal dunia akibat COVID-19 selepas melahirkan cahaya mata lelaki di Unit Rawatan (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), pada jam 5.13 pagi, 9 Ogos lalu. 

Bayi yang diberi nama Ayash Affan itu dilahirkan secara pembedahan pada hari sama Siti Sarah di masukkan ke ICU serta ditidurkan iaitu 6 Ogos lalu berikutan paras oksigen dalam badannya berada di tahap kritikal. 

Tidak hairanlah mengapa ramai bersedih dengan pemergiaannya. Kehilangan besar ini turut meninggalkan kesan mendalam di hati rakan-rakan selebriti. 

Apatah lagi apabila memikirkan perjuangan hidup Shuib untuk membesarkan empat cahaya matanya, Uwais Alqarni, 10, Dzkira Talita Zahra, 8 dan Ariq Matin, 6 dan Ayash Affan.

Gambar: Instagram @sharnaazahmad
Gambar: Instagram @sharnaazahmad

Sharnaaz Ahmad 

Pelakon Sharnaaz Ahmad sebak apabila berpeluang berbicara dengan Shuib selepas majlis tahlil pertama Siti Sarah. Katanya, Shuib sentiasa memberikan kata-kata semangat selepas dia berpisah dengan Noor Nabila Mohd Nor iaitu kakak kepada Neelofa. 

“Ketika itu saya baru sahaja bercerai, awak cakap saya kuat. Pada ketika itu memang saya rasa kuat dan awak pernah katakan kepada saya yang Tuhan sedang duga saya, awak tidak tahu macam mana pula perjalanan hidup awak. 

“Bila saya fikir kata-kata itu, saya rasa awak paling kuat. Jika saya berada di tempat awak, saya tak mampu menghadapinya. 

“Anak-anak awak sangat beruntung kerana ada ibu dan ayah yang hebat. Teruskan apa yang awak buat, kebajikan yang awak buat serta apa yang Sarah buat. Terima kasih Shuib sebab banyak buka mata orang lain,” katanya.

Gambar: Instagram @nabilzira
Gambar: Instagram @nabilzira

Nabil Ahmad 

Pelawak dan pengacara popular ini berkawan rapat dengan Shuib malah mereka sering menghabiskan masa berdua. Adakalanya, mereka melakukan aktiviti bersama dengan membawa  isteri masing-masing. 

“Banyak sebenarnya cerita saya tentang Shuib dan Siti Sarah. Bagi saya mereka pasangan yang cukup serasi.  

“Saya turut terkesan dengan dugaan yang Allah SWT berikan kepada Shuib dan hormat kerana dia mampu terima keadaan ini dengan tenang. 

“Saya beritahu dia yang dia sangat beruntung kerana Siti Sarah mempunyai pengakhiran yang baik. Sebelah kaki kanan dia sudah pun berada di syurga. Saya dan yang lain, belum tentu bagaimana nasib kami nanti,” katanya. 

Gambar: Instagram @iamzianazain
Gambar: Instagram @iamzianazain

Ziana Zain 

Malam sebelum Siti Sarah meninggal dunia, Ziana mengakui dia tidak dapat menahan kesedihan sehingga menangis teresak-esak mengenangkan nasib anak-anak terutama Ayash Affan sekiranya sesuatu berlaku kepada penyanyi lagu Kesetiaan itu. 

Sebagai ibu tunggal yang memiliki empat cahaya mata, hati Ziana tersentuh memikiran anak-anak kecil itu masih memerlukan belaian kasih sayang ibu mereka. 

Ziana juga berasa sedih kerana Ayash belum sempat merasa sentuhan ibunya dan berharap Shuib diberikan kekuatan untuk menghadapi segala ujian daripada Allah SWT.

Fad Bocey 

Fad tidak dapat menahan sedih memikirkan dugaan yang terpaksa diharungi teman baiknya itu. 

“Apa yang berlaku kepada kau membuatkan aku terfikir keadaan aku. Sebab kita sama, ada empat anak.  

“Andai aku berada di tempat kau, aku tidak tahu bagaimana aku nak jelaskan perkara ini kepada anak-anak. Dengan bayi yang belum sempat menyusu. 

“Nabil cakap sesuatu perjalanan yang Allah SWT tunjukkan itu bukanlah permulaan seseorang tetapi bagaimana pengakhirannya. Allah SWT sudah tunjukkan. Kita tidak tahu apa yang arwah tinggalkan,” kata Fad. - Getaran, 12 Ogos 2021


 

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 8 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN