web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Isu Fitnah Selesai, Daiyan Trisha Mahu Teruskan Usaha Bantu Petugas Hadapan 

Sejak menjadi sukarelawan di pusat vaksin, Daiyan lebih hargai usaha dan kerja keras petugas barisan hadapan malah banyak pengetahuan serta perkembangan terkini mengenai vaksin diperolehnya. 

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jul 2021 3:40PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Demi menyumbang bakti dan membantu petugas barisan hadapan dalam urusan penyampaian vaksin kepada penerima, Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin telah mendaftarkan diri sebagai sukarelawan am di Pusat Pemberian Vaksinasi (PPV) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan Kerjasama Qualitas Health Medical Group. 

Malangnya, niat dan hasrat murni Daiyan itu telah disalahertikan sehingga timbul fitnah dia kononnya mahu meraih perhatian serta populariti menerusi kerja kebajikan itu. 

Ironinya, fitnah tersebut dilakukan individu yang juga sukarelawan di pusat vaksin sama. Individu terbabit telah memuat naik status berbaur tuduhan dan kecaman di media sosial terhadap penyanyi dan pelakon muda berbakat besar ini. 

Bagi membersihkan namanya, Daiyan telah memuat naik posting balas bagi menjelaskan kedudukannya sebagai sukarelawan di pusat vaksin tersebut. 

“Mula-mula saya tak layan posting itu kerana hanya orang yang ada di pusat vaksin itu sahaja tahu saya tiada di situ selama 15 minit. Namun, apabila saya lihat isu ini menjadi besar sehingga posting itu  telah  meraih lebih 4,000 ciapan, saya kena berbuat sesuatu. 

“Apatah lagi orang asyik bertanya saya tentang hal ini. Lagi saya diam, lagi banyak orang bercakap. Akhirnya saya terpaksa bersuara di media sosial saya.

“Namun, saya tidak mahu panjangkan isu ini. Saya juga tidak tahu apa masalah dia. Saya tak kenal dia. Dia yang besar-besarkan isu ini hingga jadi fitnah. Yang penting Tuhan tahu apa yang benar. 

“Dia juga sudah minta maaf secara terbuka. Saya cuma mahu perkara ini senyap.  Paling penting saya dapat tolong dan sebenarnya ada banyak lagi yang perlu kita buat untuk bantu ramai orang,” katanya kepada portal Getaran. 

Mula bertugas sebagai sukarelawan sejak  tiga minggu lalu, Daiyan memilih untuk bertugas pada  setiap Sabtu, dari pagi hingga petang. 

“Banyak perkara yang saya belajar apabila menjadi sukarelawan PPV. Antaranya, saya belajar untuk hargai usaha dan kerja keras petugas barisan hadapan. 

“Saya juga banyak belajar tentang hal-hal melibatkan vaksin selain mengetahui perkembangan terkini mengenainya.  

“Segala ilmu yang diperolehi sepajang berada di PPV sangat berguna.Setidak-tidaknya, saya boleh sebarkan informasi yang tepat kepada orang ramai. 

“kebetulan kakak saya bertugas sebagai doktor, begitu juga kawan rapat saya. Saya tahu betapa penatnya mereka bekerja sejak berlakunya pandemik COVID-19 ini. 

“Bila kita dapat membantu meringankan atau melancarkan tugas pekerja barisan hadapan, mereka sangat hargai," katanya yang mencipta nama menerusi lagu Cinta Suka Sayang Kamu, Kita Manusia dan If I

Daiyan yang pernah membintangi filem Sejuta Rasa Buat Adelia dan Busker turut berkongsi Malaysia antara negara di  Asia Tenggara yang merekod pemberian vaksin tertinggi. 

“Saya lihat sudah ramai mula sedar akan kepentingan suntikan vaksin. Dan, kita perlu ada rasa tanggungjawab untuk terus sebarkan kesedaran tentang vaksin ini kepada keluarga dan kawan-kawan. 

“Terutama mereka yang belum mendapatkan vaksin kerana golongan anti-vaksin sentiasa menyebarkan dakyah tidak benar mengenai vaksin. Jadi, kita kena bantu untuk sebarkan kebenaran. Kita kena bagi informasi yang tepat. Kita kena tolong negara untuk memastikan kita dapat mengatasi masalah penyebaran COVID-19,”katanya. 

Mengenai perkembangannya dalam bidang seni, Daiyan yang aktif menulis puisi memberitahu dia menunggu dipanggil menjalani penggambaran sebuah drama bersiri dan bakal melancarkan single berjudul Penat yang berkisar situasi semasa.  

“Saya juga akan keluar dengan EP Inggeris. Tapi, ia masih lagi dalam perancangan,” katanya. - Getaran, 22 Julai 2021


 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Nama Tersenarai Dalam Kempen Blockout2024, Daiyan Trisha Tunjuk Bukti Sumbangan Kepada Palestine

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Sekali Lagi Difitnah Ada Kaitan Dengan Raja Dadah India, Abdul Malik Buat Laporan Polis

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Sebar Fitnah Dalam Kuliah, Rosmin Adam Disiasat Pihak Berkuasa

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Sahkan Terima Laporan Fitnah Menteri Pendidikan

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Muzik 6 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN