Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Datin Thalia Mengaku Jampi Suami Melalui Masakan

Pelakon dan usahawan jelita ini tidak melatah selepas dituduh oleh netizen yang kononnya dia menjampi suaminya sewaktu memasak

Selebriti Dikemaskini 1 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 24 Mar 2024 8:46AM

Thalia bersama suami

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon dan usahawan, Datin Thalia Baiduri mengaku dirinya memang ada membaca ‘jampi’ setiap kali memasak untuk menawan hati suami.

Namun kata Thalia, jampi yang dibacanya bukanlah jampi serapah bomoh , tetapi bacaan doa dan selawat. 

"Ya saya memang mengaku baca jampi, memanglah kita kena tundukkan suami, itu hak kita. Bagi saya, memang akan pertahankan suami saya dan tawan hati melalui air tangan.

"Saya masih tahu dosa dan pahala. Alhamdulillah, saya hanya amalkan selawat dan zikir Ya Latif setiap kali masak.

"Itu memang rutin saya, sebab bila kita masak kena pastikan air tangan kita bersih, masakan sedap dan diberkati," katanya ketika ditemui pada sidang media Majlis Talia Glitz Raya - Budaya Bertemu Busana.

Terdahulu wanita berusia 37 tahun ini ditanya mengenai hal itu apabila satu klip video konon dirinya mengaku sedang menjampi masakan tular dan mendapat pelbagai respon netizen.

Dalam siaran langsung di aplikasi TikTok itu, Thalia telah dikatakan membaca jampi untuk menundukkan suaminya, Datuk Shahriza Amir.

Ada netizen yang menyokong, malah ada yang turut menegur Thalia dan mengatakan ia perbuatan syirik.

"Saya memang suka 'live' masak, kalau nampak kumat-kamit tu saya baca doa, jampi doa bukan benda karut.

"Mungkin netizen salah faham, kalau yang selalu ikut saya dia tahu sebab saya memang suka bergurau," katanya yang pernah membintangi drama Seindah Sakura.

Sejak mendirikan rumahtangga dan dikurniakan empat orang cahaya mata, Thalia akui suaminya tidak berapa gemar dia meneruskan karier lakonan kerana mahu dia menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarga dan bisnes yang semakin berkembang.

"Bukan senang untuk saya dan suami bina perniagaan yang kami miliki sekarang. Saya bermula dari bawah dengan menjual spageti yang dimasak di rumah. Saya hantar setiap pesanan menggunakan kereta yang tiada penghawa dingin. 

"Tetapi saya tidak pernah mengalah. Biarpun berkali-kali saya terjatuh, tetapi berkali-kali juga saya bangun sehingga berjaya seperti hari ini. 

"Hari ini di bawah jenama Talia, kami mempunyai beberapa produk termasuklah pakaian, produk kesihatan dan penjagaan kulit wajah," jelasnya. 

Sempena Syawal tahun ini, Talia mengeluarkan lima jenis baju kurung moden  dan kaftan yang sesuai digayakan oleh wanita dari semua peringkat umur dan saiz. 

"Kalau diikutkan, tahun ini saya tak mahu keluarkan koleksi baju raya, tetapi atas permintaan pelanggan saya turuti jua kerana tidak mahu hampakan mereka. Sebab itulah saya hanya keluarkan lima rekaan sahaja. Dan harga untuk koleksi ini di bawah RM250," kongsinya. 

Selain baju kurung, Thalia turut memperkenalkan minuman susu untuk mencerahkan kulit yang diberi nama Dolly Milk. 

Menurut Thalia, idea untuk menghasilkan susu ini terjadi selepas dia pernah dihina kerana berkulit gelap satu masa dahulu. 

"Setahun yang lalu, kulit saya gelap. Saya pernah dihina dikatakan pengotor dan tak pandai jaga badan. Alhamdulillah selepas amalkan sendiri susu ini, kulit saya menjadi semakin cerah. Susu ini didatangkan dalam dua perasa yang lazat iaitu tembikai susu dan strawberi," ujarnya. 

Turut diperkenalkan pada majlis itu ialah produk yang membantu mengurangkan berat badan iaitu Glam V dengan perisa baharu iaitu Latte. 

Thalia juga bermurah hati untuk menghadiahkan dua buah skuter buat para pelanggannya menerusi cabutan bertuah yang akan dilakukan seminggu sebelum sambutan Syawal.  - Getaran, 24 Mac 2024

Foto : Helmi Anuar

Sorotan

1

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

2

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

3

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

4

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

5

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

6

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

Disyorkan untuk anda

Selebriti 21 jam yang lalu

Uqasha Dan Kamal Adli Timang Cahaya Mata Pertama

oleh Wartawan Hiburan Getaran