web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Terima Berduet Dengan Hasif Upin Bukan Kerana Duit Tetapi Ingin Beri Peluang Pada Bakat Baharu’ – Ziana Zain

Menurut Ziana, dia juga pernah merasai pengalaman sebagai seorang penyanyi baru yang pernah diberi peluang untuk berduet dengan artis popular sewaktu awal kemunculannya

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jul 2023 8:17PM

Ziana Zain dan Hasif Upin - gambar PR

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setelah 15 tahun, penyanyi bersuara hebat, Ziana Zain kini muncul dengan lagu baharu berjudul ‘Waktu’ yang dinyanyikan secara duet dengan pendatang baharu, Hasif Upin.

Mengakui sangat cerewet dalam pemilihan lagu yang sesuai dengan jiwanya, kata Ziana sudah berpuluh komposer yang menawarkan lagu mereka kepadanya dalam masa 15 tahun, namun tiada satu pun lagu yang benar-benar berjaya menambat hati.

Ziana Zain - gambar PR
Ziana Zain - gambar PR



“Apabila pihak Armani Entertaiment menghubungi saya dan menyampaikan hasrat untuk memberikan lagu dan berduet bersama artis mereka iaitu Hasif Upin, saya minta mereka berikan lagu terlebih dahulu. Mereka berikan empat lagu untuk saya pilih.

“Selepas sembilan bulan baru saya buat keputusan untuk setuju kerana tertarik dengan lagu ‘Waktu’ yang dicipta oleh komposer-komposer muda iaitu Firdaus Rahmat, John Jeeve dan Iqie Hugh.

“Apa yang membuatkan saya tunggu lama untuk keluar dengan lagu baharu adalah disebabkan saya mempunyai dilema sebagai artis yang punya album dan lagu hit. Jadi kebanyakan dari kami mengalami masalah ini untuk mengeluarkan lagu baharu.

“Tetapi bila difikirkan semula, sampai bila saya harus tunggu. Mungkin ini adalah peluang terbaik saya untuk muncul dengan lagu baharu dan ini juga merupakan pembuka jalan untuk saya kembali dengan lagu solo,” katanya ketika ditemui di sidang media pelancaran lagu ‘Waktu’.

Ziana dan Hasif - gambar PR
Ziana dan Hasif - gambar PR



Ziana Zain adalah satu nama besar dalam industri muzik Malaysia. Bukan calang-calang penyanyi yang mampu berduet dengannya. Setakat ini hanya Datuk Awie yang dilihat sebagai rakan duet paling serasi dengan Ziana.

Ditanya apakah yang membuatkan dia menerima untuk berduet dengan pendatang baharu seperti Hasif Upin, kata Ziana dia mahu memberi peluang kepada bakat baharu.

“Saya dulu pun seperti Hasif juga. Ketika masih baru sebagai penyanyi, saya telah diberi peluang untuk berduet dengan penyanyi hebat dan terkenal seperti Awie. Jadi apa salahnya jika saya memberi peluang yang sama kepada Hasif.

Ada cakap-cakap negatif yang berkata bahawa Ziana bersetuju untuk melakukan kolaborasi ini adalah kerana bayaran lumayan, namun ibu kepada empat orang anak ini menyangkal dakwaan itu.

“Wang bukan objektif utama saya. Saya lakukan ini kerana cinta saya pada kerjaya seni nyanyian. Sebagai penyanyi kita tak boleh kedekut. Tak rugi pun jika berkongsi pentas dan momen dengan penyanyi baharu.

“Saya pernah bernaung di bawah syarikat rakaman BMG satu ketika dahulu di mana saya dikelilingi oleh bintang-bintang hebat seperti Amy Search, M Nasir, Rahim Maarof dan sebagainya. Saya rasa begitu kerdil ketika itu. Jadi saya faham bagaimana perasaan penyanyi-penyanyi baharu,” kongsinya.

Ziana Zain, Hasif Upin dan komposer lagu Waktu - gambar PR
Ziana Zain, Hasif Upin dan komposer lagu Waktu - gambar PR

Ditanya apa yang membuatkan dia jatuh cinta dengan lagu ‘Waktu’, kata Ziana lagu ini mempunyai ‘jiwa’.

“Komposer bahru ini tahu apa yang saya mahukan. Lagu seperti inilah yang saya mahu. Melodi lagu ini melodi Melayu, tetapi dia berat dan ada momentum. Bila dengar seolah-olah memberikan semangat. Ini yang saya nak dan saya dapat. Alhamdulillah,” ujarnya.

Bercerita tentang pengalaman masuk semula ke studio rakaman selepas 15 tahun, kata Ziana dia agak gementar dan berdoa kepada Tuhan agar diberikan kembali perasaan sedih supaya dia dapat menyampaikan lagu ini dengan sempurna.

“Selepas bermacam-macam yang saya lalui dalam hidup kebelakangan ini, hati saya sudah menjadi keras. Jadi saya berdoa kepada Allah agar berikan semula perasaan sedih itu agar saya dapat menjiwai lagu ‘Waktu’ ini. Alhamdulillah Allah makbulkan doa saya,” ceritanya.

Kata Ziana lagi, dia juga sudah bersedia untuk berentap di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) menerusi lagu ini yang telah pun dicalonkan di Muzik Muzik.

Muzik video lagu ini turut dilancarkan sewaktu majlis sidang media berkenaan. Muzik video ini mengambil inspirasi daripada kisah dongeng terkenal terbitan Disney iaitu Maleficent dan Snow White. – Getaran, 17 Julai 2023

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN