web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Saya Terkilan Tidak Tunggu Lama Di Hospital' - Azizul Khamis Tidak Dapat Menahan Sebak Selepas Rohana Jalil Pergi Menyahut Seruan Ilahi 

Rohana Jalil telah disahkan meninggal dunia akibat masalah kebocoran usus di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada jam 11.33 malam tadi.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jun 2023 8:31AM

Allahyarham Rohana Jalil menghembuskan nafas terakhir pada 11.33 malam tadi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). - Gambar dari media sosial

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Semalam, dunia hiburan tanah air telah dikejutkan dengan berita pemergian penyanyi popular era 1980-an, Rohana Jalil, 68, dan ia telah disambut dengan rasa duka oleh rakan seperjuangan arwah khususnya Azizul Khamis dan Salwa Abdul Rahman.

Rohana telah disahkan meninggal dunia akibat masalah kebocoran usus di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada jam 11.33 malam tadi.

Azizul Khamis ketika dihubungi Getaran berkata, dia terkilan kerana meninggalkan HCTM selepas menziarah arwah dari jam 5.30 petang hingga 11.05 malam. 

Azizul Khamis - Gambar dari Facebook
Azizul Khamis - Gambar dari Facebook

“Saya tidak sangka selepas saya meninggalkan hospital tersebut, Kak Ana (panggilan mesra buat Rohana Jalil) pergi menyahut seruan Ilahi,” katanya. 

Menurut Azizul lagi, sewaktu dia sampai jam 5.30 petang, arwah memang tidak sedarkan diri tapi jantungnya masih lagi kuat dan pernafasannya juga agak laju dan baik. 

“Bila doktor kata jantung dia kuat. Kita ini pun rasa lega dan terus ambil keputusan untuk gerak balik sekitar jam 11.05 malam.

“Saya juga siap pesan kepada anaknya, Kilafairy, kalau apa-apa bagitahu Uncle. Dia pun tahu memang saya dan Kak Ana memang rapat. 

“Kemudian sekitar jam 11.33 saya diberitahu KIlafairy bahawa Kak Ana sudah tiada. Ya Allah! Tuhan sahajalah yang tahu bagaimana perasaan saya. 

“Memang saya terkilan sungguh kerana tidak terus berada lebih lama di hospital tersebut. Salwa Abdul Rahman yang berada di Mekah kerana mengerjakan ibadat haji turut menangis apabila mendapat tahu berita ini. Tetapi Salwa sempat membuat solat sunat Ghaib dan bacaan Yasin untuk arwah di sana.

“Memang kami antara yang rakan artis yang cukup rapat dengan arwah dan sering membuat persembahan bersama-sama. Kami pasti akan merindui gelagatnya,” katanya dalam nada sebak. 

Allahyarham Rohana Jalil - Gambar dari Facebook
Allahyarham Rohana Jalil - Gambar dari Facebook

Allahyarham Rohana Jalil atau nama sebenarnya Dara Jalil yang dilahirkan di Kota Tinggi, Johor pada 18 Februari 1955 ini memulakan kerjaya seni selepas menjuarai pertandingan Bintang RTM 1980.

Memiliki vokal hebat tersendiri, Rohana pernah mencapai status popularitinya menerusi lagu-lagu hit nyanyiannya seperti Rayuanku, Resahku dan Naluri Cinta iaitu merupakan lagu duet bersama To'ki.

Hasil perkahwinannya dengan Jahangir Khan pada 1984, Rohana dikurniakan tiga cahaya mata termasuk pelakon, Kilafairy

Allahyarham mula dimasukkan ke hospital sejak April lalu akibat komplikasi kebocoran usus.

Jenazah Allahyarham akan dimandikan dan dikafankan di hospital sebelum dibawa ke Masjid Al-Falah di USJ 9 dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22 selepas Zuhur.  - Getaran, 21 Jun 2023 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

3

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

4

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

5

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 5 jam yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN