Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


30 Penggiat Seni Dapat Kebenaran Ambil Tindakan Undang-Undang Tuntut Bayaran Royalti

Pemohon memohon deklarasi bahawa PRISM cuai menjalankan tugasnya sebagai pemegang amanah untuk mengutip dan mengagihkan wang royalti bagi kesemua pemohon dan memohon perintah antaranya supaya PRISM membayar royalti bermula 1 Januari 2017 hingga 31 Disember 2021.

Selebriti Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jun 2023 6:38PM

Jamal Abdillah (tengah) antara penggiat seni yang hadir di Mahkamah Tinggi hari ini untuk memfailkan tindakan undang-undang terhadap PRISM. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 30 penggiat seni tanah air, hari ini berjaya memperoleh kebenaran daripada Mahkamah Tinggi di sini untuk memfailkan tindakan undang-undang terhadap Performers Rights and Interest Society of Malaysia Berhad (PRISM) bagi menuntut pembayaran royalti sejak 2017.

Hakim Ahmad Murad Abdul Aziz memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan difailkan 30 individu selaku pemohon mengikut Seksyen 471 Akta Syarikat 2016.

Antara penggiat seni itu ialah Datuk Jamal Abdillah atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali; Datuk DJ Dave nama penuhnya, Irwan Shah Abdullah; Datuk J Sham (Shamsuddin Jaafar); Azharina Azhar dan Aris Ariwatan (Haris Fadzilah Daud).

Jamal (kiri) menerusi afidavit sokongannya menyatakan bahawa PRISM telah diisytiharkan sebagai suatu badan pelesenan di bawah Seksyen 27A Akta Hakcipta 1987 untuk menjalankan aktiviti kutipan dan pengagihan royalti muzik bagi pihak ahli-ahlinya terdiri daripada kalangan penyanyi dan pemuzik.
Jamal (kiri) menerusi afidavit sokongannya menyatakan bahawa PRISM telah diisytiharkan sebagai suatu badan pelesenan di bawah Seksyen 27A Akta Hakcipta 1987 untuk menjalankan aktiviti kutipan dan pengagihan royalti muzik bagi pihak ahli-ahlinya terdiri daripada kalangan penyanyi dan pemuzik.

Kesemua pemohon yang merupakan penyanyi dan pemuzik memfailkan permohonan itu pada 8 Dis 2022 dengan menamakan PRISM, yang kini telah digulungkan, sebagai responden.

Jamal menerusi afidavit sokongannya menyatakan bahawa PRISM telah diisytiharkan sebagai suatu badan pelesenan di bawah Seksyen 27A Akta Hakcipta 1987 untuk menjalankan aktiviti kutipan dan pengagihan royalti muzik bagi pihak ahli-ahlinya terdiri daripada kalangan penyanyi dan pemuzik.

Dakwanya, PRISM telah gagal untuk mengutip dan membuat pengagihan jumlah kutipan royalti yang layak diterima oleh pemohon-pemohon bagi tempoh 2017 hingga 2021 dan kesemua pemohon masih belum menerima apa-apa bayaran daripada jumlah kutipan royalti berkenaan yang layak diterima mereka daripada PRISM.

Oleh itu, pemohon memohon deklarasi bahawa PRISM cuai menjalankan tugasnya sebagai pemegang amanah untuk mengutip dan mengagihkan wang royalti bagi kesemua pemohon dan memohon perintah antaranya supaya PRISM membayar royalti bermula 1 Jan 2017 hingga 31 Dis 2021.

Ditemui pemberita selepas prosiding, peguam Datuk Kamaruzaman Arif, yang mewakili kesemua pemohon berkata keputusan mahkamah hari ini bukan sahaja untuk anak guamnya tetapi ia memberi lembaran baharu atau tanda aras buat penggiat seni lain.

Menurut peguam itu, pihaknya akan memfailkan tindakan undang-undang terhadap PRISM secepat mungkin bagi mengetahui bagaimana pengiraan royalti dibuat kerana ia membabitkan wang amanah.

"Kita tahu wang royalti ini telah dikutip pada 2017 dan 2018, namun bagi tahun seterusnya tiada maklumat sama ada wang tersebut telah dikutip atau tidak.

Keputusan hari ini sangat menggembirakan dan ia merupakan pasca baru untuk dunia hiburan. Pihak terlibat perlu memberi penjelasan kepada mahkamah mengapa artis-artis tidak mendapat bayaran royalti sedangkan lagu mereka dimainkan di radio," katanya.

Sementara itu, pelantun lagu “Kekasih Awal dan Akhir”, Jamal bersyukur dengan keputusan hari ini dan berharap agar golongan artis tidak tertindas pada masa depan.

Berkongsi pendapat sama, penyanyi lagu “Lamunan Terhenti”, Aris Ariwatan berkata ia satu  titik permulaan untuk penggiat seni tanah air.

Kesemua pemohon turut diwakili peguam Datuk Nik Suhaimi Nik Sulaiman, Sofiah Omar dan Muhammad Izzat Dzulkafli manakala pegawai penerima & pelikuidasi yang juga Peguam Kanan Persekutuan dari Jabatan Insolvensi Kuala Lumpur Rahni Kartini Abd Rahim dan Norizan Omar turut hadir pada prosiding hari ini. - Bernama

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Budaya 12 jam yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Bella Astillah Akui Bertemu Sarah Jasmine, Baca Mesej Ruhainies Desak Aliff Buka Aibnya

Pelakon dan penyanyi itu memaklumkan Sarah Jasmine menghubunginya untuk memohon maaf kerana menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya. 

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

Adira Sah Bercerai

Lafaz talak satu dibuat Datuk Seri Adnan Abu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat pagi tadi.

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 5 jam yang lalu

Pendedahan Sarah Yasmine Bikin Gempar 1 Malaya, Nama Emma, Chacha, Caprice Dan ‘TPM’ Jadi Bualan Netizen

oleh Wartawan Hiburan Getaran