web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Al Pacino Bakal Timang Cahaya Mata Di Usia 83 Tahun Hasil Hubungan Bersama Kekasih Yang Berusia 29 Tahun

Biarpun jarak usia sebanyak 54 tahun, namun itu tidak menghalang Al Pacino dan kekasih mudanya menjalinkan hubungan cinta dan merancang keluarga bersama

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jun 2023 4:00PM

Noor Alfallah (kiri) bersama Al Pacino (tengah) bakal menimbang cahaya mata selepas wanita berkenaan sedang hamil lapan bulan. - Gambar dari Instagram @nooralfalla

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas Robert De Niro mengumumkan dirinya baru menimang cahaya mata di usia 73 tahum, terbaru aktor veteran Hollywood, Al Pacino pula bakal menimang cahaya mata di usia 83 tahun.

Teman wanita  Al Pacino iaitu Noor Alfallah yang berusia 29 tahun kini sedang hamil anak mereka dan kandungan telah pun mencecah usia lapan bulan.

Alfallah merupakan seorang penerbit dalam industri hiburan di Hollywood.

Pasangan ini dikatakan telah berpacaran dalam diam-diam ketika waktu pandemik beberapa tahun yang lalu. 

Biarpun ramai yang kagum dengan kehebatan Al Pacino yang mampu menghasilkan zuriat di usia emas, namun ada juga yang menuduh teman wanitanya sekadar mahukan hartanya.

Menurut laporan yang diterbitkan oleh Page Six, Alfallah yang berasal dari Kuwait ini sebenarnya adalah anak orang berada.

Dan, dia benar-benar cintakan Al Pacino biarpun jarak usia mereka adalah sebanyak 54 tahun. Al Pacino juga lebih tua daripada bapanya. 

Alfallah juga dikatakan memang menyukai lelaki yang jauh lebih berusia daripadanya. Sebelum ini dia dikatakan pernah bercinta dengan Mick Jagger dan Clint Eastwood. 

Sementara Al Pacino pula telah memiliki tiga anak hasil hubungannya yang terdahulu. Anak perempuannya, Julie Marie kini berusia 34 tahun dan anak kembarnya berusia 22 tahun. – Getaran, 1 Jun 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 9 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...