web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Ayah Saya Sudah Ceraikan Fyna Jebat' - Anak Datuk Zainal, Pemain Bola Sepak Negara Buat Pengakuan Di Media Sosial 

Sejak semalam, kisah penceraian yang melibatkan Datuk Zainal Abidin dan Fyna Jebat hangat diperkatakan netizen selepas anak perempuan Zainal mendedahkan bahawa bapanya telah menceraikan adik kepada Ayda Jebat itu.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2023 11:04AM

Kisah perkahwinan Zainal dan Fyna sebelum ini mendapat perhatian ramai sehingga mengundang kontroversi. - Gambar dari Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kecoh di media sosial semalam dengan kisah penceraian yang melibatkan bekas pemain bola sepak negara iaitu Datuk Zainal Abidin Hassan bersama isteri keduanya iaitu penyanyi, Fyna Jebat.

Isu perceraian ini timbul selepas anak perempuan kepada Zainal yang dikenali sebagai Zahira Aisyah telah meninggalkan satu komen di media sosial yang mendedahkan bahawa bapanya sudah menceraikan Fyna.

Zahira membuat komen berkenaan kerana ingin menyangkal dakwaan yang mengatakan Fyna sudah berbaik dengan ibunya dan sudah boleh duduk semeja di satu majlis.

“Kenapa perlu muat naik balik cerita empat bulan lepas? Ibu saya tidak berdamai dengan sesiapa. Cerita ini tidak benar. Dan untuk pengetahuan, ayah saya telah menceraikan Fyna Jebat. Tolong padam hantaran ini, terima kasih,” tulisnya.

Usaha pihak media untuk mendapatkan pengesahan perkara ini daripada Fyna Jebat dan Zainal juga gagal apabila Fyna tidak dapat dihubungi, Manakala Zainal pula enggan memberikan komen.

Terdahulu kisah perkahwinan Zainal dan Fyna mendapat perhatian ramai pada awal tahun ini. Ketika kisah perkahwinan mereka tersebar, Fyna yang merupakan adik kepada Ayda Jebat sedang bertanding dalam rancangan Famili Duo bersama kakaknya. 

Kontroversi tidak terhenti di situ apabila Fyna didakwa telah bergaduh bersama madunya di sebuah restoran sehingga terpaksa membuat laporan polis. – Getaran, 18 Mei 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 19 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN