web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hebat! Wajah Arwah Ridzuan Hashim Yang Diukir Di Atas Daun Benar-Benar Tepat Dan Sama 

Dalam perkembangan lain, Didie turut memuatnaik sebuah lagi hantaran tetapi kali ini untuk suaminya, Norisham Ismail sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-14. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 May 2023 11:02AM

Wajah Allahyarham Ridzuan Hashim diukir dengan menggunakan pisau lipat dan ia benar-benar tepat dan sama dengan wajahnya secara realiti. - Gambar dari Instagram Didie Alias

oleh

Zara Sofea

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pemergian aktor Ridzuan Hashim akibat penyakit jantung pada pagi 4 Mei lalu, benar-benar memberikan kesan kepada kalangan penggiat seni dan pekerja industri kreatif tanah air khususnya yang pernah bekerja atau yang memang berkawan dengan arwah.

Rata-rata menyifatkan arwah seorang insan yang baik dan sungguh kelakar sewaktu berada di set lokasi penggambaran. Tidak hairanlah hingga saat ini bertalu-talu ucapan takziah atau doa atau perkongsian tentang aallahyarham yang dikongsi  mereka di media sosial. 

Bahkan, netizen juga menyatakan rasa terkesan mereka dengan pemergian arwah yang cukup dikenal dengan watak ‘King’ dalam filem KL Gangster. 

Didie dan suami, Norhisham menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-14.
Didie dan suami, Norhisham menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-14.

Terbaharu, bekas isteri Ridzuan iaitu Didie Alias telah berkongsi sebuah hantaran video yang menunjukkan kehebatan seorang seniman tempatan mengukir wajah arwah di atas sekeping daun. 

Apa yang menakjubkan, wajah arwah diukir dengan begitu cepat sekali menggunakan pisau lipat dan ia benar-benar tepat dan sama dengan wajahnya secara realiti. 

Dalam hantaran tersebut, Didie memuat naik kapsyen berbunyi: Masya Allah…bakat yang Allah anugerahkan sangat indah. Ramai yang sayang Ayah (panggilan buat Ridzuan). Terima kasih ya siapa yang mengukir muka arwah.

“Semoga arwah tenang di sana. Semoga rohnya dicucuri Rahmat.  Allahyarham Ridzuan Hashim dalam kenangan. Al-Fatihah,” tulisnya. 

Didie Alias dan suami  Norisham Ismail. - Gambar dari Instagram
Didie Alias dan suami Norisham Ismail. - Gambar dari Instagram

Selain menguruskan jenazah dan pengebumian arwah, Didie juga turut mengadakan bacaan yasin dan tahlil selama tiga malam berturut-turut buat bekas suaminya itu di Surau Dagang Avenue, Taman Dagang mulai Jumaat sehingga Ahad (semalam). 

Dalam perkembangan lain, Didie juga turut memuatnaik sebuah lagi hantaran tetapi kali ini untuk suaminya, Norisham Ismail sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-14. 

“Terima Kasih Allah panjangkan umur kami untuk menyambut ulangtahun perkahwinan kami yang ke-14 tahun. Terima kasih pinjamkan Norhisham sebagai kawan,sahabat,pengurus, suami dan daddy untuk mummy serta anak-anak. 

“Semoga perkahwinan kami berkekalan hingga ke hujung nyawa,” ucapnya. 

Didie mengahwini, Norisham Ismail yang juga bekas pemain bola sepak Negeri Sembilan, Norisham Ismail yang dikahwininya pada 8 Mei lalu. 

Getaran mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan yang ke-14 buat Mummy Didie dan Norhisham. Semoga terus berbahagia. 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN

Selebriti 18 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...