web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sampai hati Abang Bagitau Satu Malaysia, Malu Kita Macam Nih - Syura Badron Sedih Zaki Jinggo Tak Balas Cintanya 

Syura Badron telah memuatnaik sebuah hantaran di Instagram sebagai respon kepada video tular yang melibatkan pengakuan dan pendedahan berani mati Zaki Jinggo tentang sejarah cinta mereka. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 May 2023 7:13PM

Syura Badron - Gambar dari Instagram @syurabadron

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi Syura Badron langsung tidak kelihatan tersinggung atau menyimpan perasaan marah terhadap pengakuan dan pendedahan berani mati Zaki Jinggo dari Kuantan, Pahang bahawa dia terpaksa menolak cinta Syura kerana menyedari status dirinya sebagai seorang peminat biasa. 

Bahkan, Syura menerusi Instagram peribadi miliknya dengan nada bergurau telah memuat naik status yang berbunyi: 

“Sampai hati abang bagitau kat satu Malaysia, malulah kita macam ini. Cinta saya tidak berbalas gais,” tulisnya. 

Hantaran yang dimuat naik itu telah mendapat reaksi daripada rakan selebriti netizen yang rata-rata menganggap ia sebagai sesuatu yang melucukan. 

Dalam ruangan komen, penyanyi Bob Yusof menulis:

“Kenapa kau tak pernah cerita dengan aku kisah cinta kau yang ni Syura Badron? 

Pelakon dan pelawak Zalif Sidek pula memberikan komen:

“Lepas ni Syura buat show jangan jatuh cinta kat peminat tau. 

Manakala, reaksi Zarina Zainoordin pula adalah:

“Jap jap jap .. ko tak bagitau aku pun Syura, sampai hati….

Pengakuan Zaki Jinggo yang terpaksa 'menolak' cinta Syura.
Pengakuan Zaki Jinggo yang terpaksa 'menolak' cinta Syura.

Syura memuat naik hantaran tersebut sebagai respon terhadap video yang tular semalam tentang pengakuan dan pendedahan Zaki Ringgo mengenai sejarah hubungan cintanya dengan Syura. 

Menurut Syura, pada awalnya dia sememangnya terkejut apabila menyaksikan video tular melibatkan lelaki bernama Zaki Jinggo tersebut. 

“Saya tertanya dalam hati, siapa pula mamat ni yang  tiba-tiba mengaku pernah bercinta dengan aku? Kenal pun tak.

"Tetapi selepas habis mendengar perbualan keseluruhan perbualannya di dalam video itu, saya teringat satu insiden sewaktu mengadakan persembahan di Kuantan pada 2001. 

“Ketika itu, lagu yang saya nyanyikan iaitu Kasih Tidak Terjamah menjadi siulan dan saya juga telah mengajak seorang peminat naik ke pentas untuk menyanyi bersama saya.

"Berdasarkan cerita yang didedahkan di dalam video tersebut, barangkali peminat itu adalah abang Zaki,” kata Syura. 

Syura kini sedang berpantang anak keempat.
Syura kini sedang berpantang anak keempat.

Menurut Syura lagi, abang Zaki memang agak dikenali di Kuantan dan sering hadir ke acara-acara hiburan terutamanya melibatkan persembahan nyanyian.

"Saya ada terbaca beberapa komen di entri video itu dan ramai cakap, abang Zaki ini memang selalu kelihatan di sana.

"Ada yang kata dia suka menyanyi dan mengikut komen individu lain, mereka mendakwa abang Zaki ni 'tak sihat'.

"Jadi saya fahamlah apa yang warganet maksudkan dan anggap pendedahan abang Zaki sebagai hiburan kerana ia melucukan.

"Saya pun ada tunjuk video ini kepada suami, dia pun ketawa mendengar ceritanya. Apapun, saya minta maaf kepada abang Zaki kerana 'kenakalan' saya semasa berumur 15 tahun ketika itu membuatkan dia  teringat-ingat hingga sekarang," ucap Syura. 

Syura, 38, kini sedang berpantang anak keempat yang merupakan cahayamata pertamanya dengan suami kedua, Muhamad Farizat Ismail, 28, yang dikahwini pada awal tahun lepas. 

Menerusi perkahwinan terdahulu bersama sepupunya, Mohd Fadhly Md Yassin pada 16 April 2006, Syura dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nurul Dania Irdani, 15, Nurul Qaisara Sofia, 13, dan Muhammad Irfan Aryan, 11. 

Syura dan Mohd Fadhly bagaimanapun bercerai pada Ogos 2015. – Getaran, 2 Mei 2023




 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 18 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN