web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tiada Masalah Antara Astro Awani Dengan Datuk Hattan – Presiden Irama, Kontroversi Tak Jejas Hubungan Kedua Pihak

Perkara itu telah disahkan oleh Presiden Konsortium Industri Rakaman Malaysia (IRAMA), Ayob Abdul Majid ketika dihubungi Getaran.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 May 2023 4:11PM

Melalui beberapa media tempatan, Hattan enggan memberikan sebarang komen berhubung isu kontroversinya itu dengan penyampai berita Awani itu - Gambar Fail

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Di sebalik kontroversi yang tercetus melalui segmen live melibatkan pemergian Allahyarham Syed Ismail Syed Ibrahim (Mael XPDC) pada Jumaat lalu, hubungan pihak organisasi berita penyiaran, Astro Awani dengan penghibur tempatan Datuk Hattan langsung tidak terjejas. 

Perkara itu disahkan oleh Presiden Konsortium Industri Rakaman Malaysia (IRAMA), Ayob Abdul Majid ketika dihubungi Getaran. 

"Saya telah pun berhubung dengan Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail melalui WhatsApp dan dia sendiri telah menjelaskan bahawa pihak mereka tidak mempunyai apa-apa masalah dengan Datuk Hattan. Bahkan, mereka juga tidak mahu memanjangkan isu tersebut. 

"InshaAllah, kemungkinan saya sendiri akan meluangkan masa untuk bertemu dengan beliau (Ashwad) bagi mewakili Datuk Hattan secara tidak langsung. Tapi, daripada perbualan di antara saya dengan beliau, memang itulah yang dikatakannya," jelas Ayob. 

Konsortium Industri Rakaman Malaysia (IRAMA) adalah persatuan yang memayungi syarikat rakaman dan juga penggiat-penggiat seni industri muzik. 

Kontroversi melibatkan Awani dan Hattan mula tercetus, apabila organisasi berita penyiaran terkemuka milik stesen televisyen kabel berbayar tempatan, Astro itu telah menghubungi Hattan sebagai panel tetamu menerusi segmen khas bagi mengenang pemergian mengejut Mael XPDC. 

Menerusi segmen khas tersebut, Hattan diwawancara oleh seorang penyampai berita wanita baharu yang memintanya untuk berkongsi pendapat tentang pemergian arwah Mael XPDC. 

Namun, sewaktu soalan pertama diajukan, Hattan telah memberikan teguran buat penyampai berita tersebut kerana tidak membuat ‘homework’ sebelum bertanya soalan kepadanya terlebih dahulu. 

Bahkan, Hattan juga berterusan dilihat menegur sikap penyampai berita itu apabila menyebut komposer Saari Amri sebagai Allahyarham. 

Rakaman video sesi wawancara itu menjadi tular di media sosial dan rata-rata netizen mengecam tindakan Hattan yang disifatkan sebagai berlagak, keterlaluan serta kurang ajar.

Sementara itu, melalui beberapa media tempatan, Hattan enggan memberikan sebarang komen berhubung isu kontroversinya itu dengan penyampai berita Awani itu. – Getaran, 1 Mei 2023

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 6 jam yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN