web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Bukan Saya Yang Tukar Perjanjian’ - Syamsul Yusof Tak Faham Kenapa Puteri Sarah Minta Lebih Banyak Duit

Menurut Syamsul, perjanjian asal mereka berdua telah bersetuju untuk menarik balik ke nusyuz yang melibatkan Puteri Sarah dan kes Ira Kazar.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Apr 2023 10:00AM

Syamsul Yusof di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan semalam - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengarah sensasi, Syamsul Yusof tampil membuat penjelasan di Insatgram berhubung kes penceraiannya yang tergendala semalam, gara-gara tidak mencapai kata sepakat bersama isteri pertamanya iaitu Puteri Sarah Liyana.

Menurut Syamsul, Puteri Sarah telah meminta sejumlah amaun yang besar daripadanya serta meminta dia menarik balik kes nusyuz yang melibatkannya bersama suami orang. 

“Dia minta amaun yang besar. Saya setuju biarpun ramai tidak setuju. Dia minta saya tarik balik kes nusyuz, dan saya juga minta dia tarik balik kes yang melibatkan isteri kedua saya, Ira. 

“Tak perlu kita panjangkan hal ini. Mudah-mudahan kita boleh teruskan kehidupan dengan baik demi anak-anak. Alhamdulillah dia bersetuju. Kita telah capai kata sepakat. 

“Tetapi beberapa hari sebelum, tiba-tiba saya dapat perjanjian baru daripada Sarah dan peguam dia yang berlainan dengan perjanjian asal. 

“Pihak Sarah yang menukar secara tiba-tiba, meminta lagi berlebih-lebihan. Duit dan harta yang lebih banyak yang pada saya tak masuk akal. Sarah juga minta untuk saya tidak beritahu orang apa yang dia minta,” katanya. 

Jelas Syamsul lagi, Puteri Sarah telah memutar cerita bahawa Syamsul yang telah menukar perjanjian dan membuat pusingan U.

“Itulah hakikat yang sebenarnya. Jangan buat fitnah kepada saya. Jadi disebabkan dia menukar perjanjian asal, saya ambil keputusan untuk lawan Puteri Sarah. 

“Saya pelik juga pada asalnya tak melibatkan isu nusyuz atau kes Ira. Itu bukan isunya. Isu Sarah kenapa tiba-tiba minta duit banyak lagi? Saya tak faham. Padahal apa yang diberi itu pun lebih daripada perlu.

“Macam saya kata tadi ramai yang tidak setuju termasukpeguam saya apabila saya bersetuju untuk beri amaun yang besar padanya. Tetapi dia minta lebih dan lebih lagi.  Kalau itu pilihan Sarah, saya terpaksa lawan. Jadi kita serahkan kepada mahkamah,” katanya. 

Terdahulu, pasangan ini tidak jadi bercerai selepas proses sulh yang berlangsung di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada 18 April gagal mencapai kata sepakat daripada kedua belah pihak. Disebabkan itu, proses perceraian yang sepatutnya berlangsung pada hari yang sama, tidak dapat dilangsungkan. 

Mahkamah menetapkan 25 Mei ini untuk sebutan semula kes selain JKP yang telah disempurnakan kedua-dua belah pihak. – Getaran, 19 April 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Syamsul Yusof, Ira Kazar Sah Cerai Talak Satu

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Puteri Sarah Tunai Umrah Lagi, Kali Ini Bersama Ibu Bapa 

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Syamsul Yusof Tarik Balik Saman Terhadap JAWI, MAIWP

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Najib Tarik Balik Rayuan Dapatkan Dokumen Berkaitan Goldman Sachs, Keluarga Zeti

Sorotan

1

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

2

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

3

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

4

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

5

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Selebriti 23 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN