web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tak Mahu Nama Arab, Remy Ishak Pilih Nama Melayu Klasik Untuk Anak Sulungnya Yang Bakal Lahir 

Menurut Remy, kebanyakan orang memilih nama Arab kerana mempunyai maksud yang baik, tetapi menurutnya, nama Melayu juga punya maksud yang sama baik. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Apr 2023 3:07PM

Remy Ishak - Gambar dari Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon popular, Remy Ishak mengakui dia masih dalam proses memilih nama untuk anak sulungnya yang bakal lahir tidak lama lagi.

Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, 41, berkata, dia mahu menamakan anaknya dengan nama Melayu klasik. 

"Saya masih lagi fikir-fikir nama apa nak letak. Tetapi saya ingin namakan anak saya dengan nama Melayu. Tak kisah untuk lelaki atau pun perempuan. Saya memang nak nama Melayu.

"Mungkin orang ramai lebih gemar pilih nama Arab sebab maksud di sebalik nama itu adalah baik. Tetapi kenapa nak letak nama Arab kalau nama Melayu itu pun sudah ada maksud yang baik," katanya ketika ditemui di majlis tayangan perdana program raya Astro.

Menurut Remy, bayinya dijangka lahir pada Ogos nanti, namun dia masih belum mengetahui jantina anaknya. 

"Jantina anak nanti saya akan umumkan kerana saya juga masih belum tahu lagi. Waktu pergi buat pemeriksaan kandungan, doktor ada tanya nak tahu tak jantina bayi, saya cakap 'relax' dulu," kongsinya.

Ditanya tentang keadaan isterinya, kata Remy dia bersyukur kerana isterinya tidak mengalami sebarang alahan teruk.

"Dia sangat kuat. Sayalah yang selalu sakit kepala. Tak tahulah pasal isteri saya mengandung ataupun pasal kerja," katanya sambil ketawa.

Beralih ke soal persiapan menyambut Aidilfitri, kata Remy persiapan tahun ini lebih kepada untuk menyambut kelahiran bayi sulungnya. 

"Persiapan raya lebih kepada persiapan budak. Adakah ini yang dinamakan 'excited' ? Raya bagi saya sebelum ini biasa-biasa sahaja. Cuma tahun ini, jadi luar biasa sebab sambil-sambil beli baju raya, kena beli barang persiapan untuk bayi sekali," ujarnya. 

Dalam perkembangan lain, Remy kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama bersiri bertajuk Hijrah Jannah bersama Puteri Sarah Liyana dan Daniella Sya. Dalam drama ini Remy memainkan watak sebagai suami yang mengamalkan poligami. - Getaran, 13 April 2023.

Sorotan

1

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

2

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

3

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

4

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

5

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

6

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

Disyorkan untuk anda

Selebriti 22 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN