Berita Terkini

1 jam yang lalu: Malaysia destinasi mesra Muslim terbaik OIC 1 jam yang lalu: Bali keluar panduan etika untuk pelancong 1 jam yang lalu: Bursa Malaysia akan ditutup pada 5 Jun sempena cuti umum Hari Keputeraan Agong 1 jam yang lalu: Dua remaja ditemukan lemas di Sungai Pahang 1 jam yang lalu: Zambry mulakan lawatan kerja ke Perancis dengan bertemu rakan sejawatan Catherine Colonna

IKUTI KAMI


Jangan Permainkan Simbol Syahadah! Yang Masalah Individu, Bukan Agama - Nabil Ahmad

Menurut Nabil, gaya bergambar dengan jari telunjuk ke atas tidak wajar menjadi bahan jenaka atau sindiran memandangkan ia adalah simbol syahadah yang dilafazkan setiap kali solat.

Selebriti Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 23 Mar 2023 10:00AM

Sentimen kemarahan setiap kali kes kecurangan berlegar di media sosial bukan tiket untuk mempersendakan agama kata Nabil. - Gambar daripada Instagram

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengacara dan pelawak terkenal, Nabil Ahmad menegur tindakan individu yang mengaitkan simbol syahadah sebagai tanda kecurangan seorang lelaki.

Menurut Nabil, gaya bergambar dengan jari telunjuk ke atas tidak wajar menjadi bahan jenaka atau sindiran memandangkan ia adalah simbol syahadah yang dilafazkan setiap kali solat.

“Saya rasa bergambar begini (gaya jari telunjuk ke atas) tak patut dipermainkan kerana ia simbolik kepada Allah yang satu dan Muhammad adalah Rasulullah. Jangan libatkan agama dengan perbuatan orang. Yang bermasalah adalah individu, bukannya agama.

“Jangan disebabkan seseorang itu pernah ke tabligh dan dia bergambar dengan gaya jari telunjuk ke atas, kita terus kata bahawa mesti individu itu lelaki yang curang dan pukul isteri. Itu semua salah,” katanya kepada Getaran semasa ditemui di majlis sidang media program Family Feud Malaysia, semalam.

Memahami sentimen kemarahan setiap kali kes kecurangan berlegar di laman sosial, namun begitu, Nabil merasakan ia bukanlah tiket untuk seseorang menurunkan komen mempersendakan agama yang boleh menjejaskan akidah.

“Saya rasa orang yang memperlekehkan perkara ini patut minta nasihat ustaz. Kita faham perasaan mereka yang marah dengan perbuatan sesetengah individu, namun simbol syahadah tiada kena mengena dengan apa yang terjadi.

“Ia adalah simbol yang sama kita lakukan setiap kali solat tahiyat akhir. Takut nanti akidah kita lari jika mempersendakan perkara ini. Agama ajar yang perkara yang baik dan betul seperti jelas tertulis di dalam al-Quran,” tambahnya lagi.

Bukan itu sahaja, Nabil tidak menolak berita kecurangan yang berlegar-legar di laman sosial memberi impak terhadap rumah tangganya. Namun begitu, pelawak itu berpendapat sudah tugas seorang suami menyakinkan isteri dan saling menjaga kepercayaan antara satu sama lain.

Nabil Ahmad - Gambar oleh Wafa Aula
Nabil Ahmad - Gambar oleh Wafa Aula

“Ujian kawan-kawan memberi kesan juga kepada rumah tangga saya terutama isteri. Namun saya yakinkan isteri bahawa rutin harian saya hanyalah sekadar bekerja. Saya selalu facetime dan kirimkan video sekadar memberitahunya untuk update apa yang saya lakukan agar isteri saya lega.

“Bukan isteri yang bermasalah, tapi kitalah sebagai suami yang perlu tahu cara bagaimana mengawal dan menjawab keresahan isteri agar dia tenang.

“Kita doakan agar pasangan (yang dilanda ujian) agar Allah berikan jalan baik. Inilah yang selalu saya katakan pada isteri,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Nabil Ahmad bakal tampil sebagai pengacara sebuah rancangan game show paling popular di dunia, Family Feud yang sudah diadaptasi dengan cara dan gaya Malaysia.

Family Feud Malaysia terbitan Astro ini bakal menemui penonton dalam tiga bahasa iaitu versi bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Tamil di tiga saluran berbeza iaitu Astro Ria (Saluran 104 Astro Vinmeen (Saluran 202) dan Bahasa Inggeris di Astro PRIMEtime (Saluran 704).

Terdapat sembilan episod istimewa berdurasi satu jam yang melibatkan para selebriti menjadi kapten untuk keluarga mereka iaitu ‘Celebrity Family Feud Malaysia’ yang bakal disiarkan setiap Isnin, 11 malam.

Manakala terdapat 18 episod yang terdiri daripada peserta-peserta bukan selebriti (orang awam) yang berdurasi selama 30 minit yang akan ditayangkan setiap Selasa, 11 malam.

Khas Aidilfitri ini, sembilan lagi episod bakal ditayangkan bermula 1 Syawal hinggal 9 Syawal, 12 tengah hari yang bakal membariskan barisan selebriti-selebriti dari program-program terbitan Astro seperti barisan-barisan pelakon ‘Projek High Council’, ‘Andai Itu Takdirnya’ dan ‘Isteri Halal’ serta alumni-alumni ‘Gegar Vaganza’ dan ‘Big Stage’ serta banyak lagi.

Hasil kemenangan selebriti-selebriti ini akan didermakan kepada badan-badan kebajikan yang dipilih.

‘Family Feud Malaysia’ versi Bahasa Melayu akan ditayangkan pada setiap hari Isnin dan Selasa bermula 27 Mac 2023, jam 11.00 malam. - Getaran, 23 Mac 2023

Sorotan

1

Isu kontrak CEO FINAS Ditamatkan Lebih Awal Bukanlah Suatu Kes Unik - Kamil Othman Ulas

2

FINAS: Penamatan Khidmat Dr Md Nasir Keputusan Lembaga Pengarah - Fahmi

3

Lelaki Didakwa Bunuh Teman Wanita Hamil

Disyorkan untuk anda

Muzik 15 jam yang lalu

Bintang Pop India, Sid Sriram Bakal Adakan Konsert Di KL Pada Oktober

Selebriti 11 jam yang lalu

Memasuki Usia 40 Tahun Dan Masih Belum Bertemu Jodoh, Sherry Ibrahim Tak Kisah Andai Digelar ‘Andartu’

Menurut Sherry Ibrahim, dia pada mulanya gusar apabila masih tidak berkahwin ketika usia hampir mencecah 40 tahun, namun bila difikirkan semula, dia percaya All...

oleh Helmi Anuar

Muzik 13 jam yang lalu

RIM Lancar Sumbangan Rahmah Industri Muzik, Bantu Penggiat Seni Muzik Tempatan

Sumbangan Rahmah Industri Muzik merupakan pengembangan Dana Kecemasan yang ditubuh sebelum ini dalam menyediakan bantuan kewangan segera kepada penggiat industr...

Filem & TV 6 jam yang lalu

Isu kontrak CEO FINAS Ditamatkan Lebih Awal Bukanlah Suatu Kes Unik - Kamil Othman Ulas

oleh Ellyna Ali dan Rubini Nagarajah