web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 8 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Puteri Sarah Fail Permohonan Hadanah Terhadap 2 Anak

Puteri Sarah ketika ditemui pemberita berkata beliau membuat permohonan itu selepas difikirkan “secara tiba-tiba”.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Mar 2023 5:21PM

Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin (kiri) bersama peguamnya, Puteri Ummi Kartini Abd Latiff (kanan) hadir ke mahkamah bagi menfailkan permohonan Hadanah iaitu hak penjagaan dua anaknya di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelakon Puteri Sarah hari ini memfailkan permohonan hadanah atau hak penjagaan penuh terhadap dua anaknya berusia enam dan empat tahun di Mahkamah Tinggi Syariah di sini.

Peguam syarie Puteri Ummi Kartini Abd Latiff yang mewakili Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin  berkata pihaknya memfailkan permohonan (hadanah) itu mengikut Seksyen 81 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

"Hadanah ini sebenarnya bukan sesuatu yang pelik kalau mengikut Seksyen 81 tersebut, pihak-pihak yang dalam proses penceraian sama ada belum bercerai pun masih boleh memohon dan selepas penceraian pun masih boleh memohon...jadi adalah hak kedua-dua pihak sama ada ibu atau bapa. 

Bagaimanapun, undang-undang yang jelas dimana ibu itu adalah pihak yang terbaik untuk menjaga anak-anak itu, jadi itulah apa yang Sarah buat pada hari ini," katanya kepada pemberita selepas memfailkan permohonan itu di Kaunter Pendaftaran Mahkamah Tinggi Syariah di sini.

Pelakon wanita itu menuntut hak penjagaan penuh itu terhadap dua anaknya iaitu Syaikhul Islam ,6, dan Sumayyah ,4.

Puteri Ummi Kartini berkata setakat ini salinan dokumen mengenai permohonan tersebut belum diserahkan kepada defendan iaitu suami Puteri Sarah pengarah filem Syamsul Yusof atau nama sebenarnya Mohd Shamsul Md Yusof.

"Buat masa ini, pihak kami belum menyerahkannya kerana masih menunggu peluang dan pihak kami baharu memfailkan permohonan (hadanah) hari ini. Jika ada peguam daripada pihak defendan (Syamsul) kita boleh serahkan kepada peguam," katanya dan memaklumkan tarikh sebutan semula kes itu masih belum diketahui.

Sementara itu, Puteri Sarah ketika ditemui berkata beliau membuat permohonan itu selepas difikirkan “secara tiba-tiba”. 

"Sebab semalam pun tiba-tiba, kita semua main tiba-tiba," katanya yang hadir ke mahkamah dengan memakai jubah berwarna hijau ditemani Puteri Ummi Kartini.

Terdahulu, Puteri Sarah hadir bersama anak-anaknya sebelum kanak-kanak itu ditinggalkan buat seketika di dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di luar mahkamah dengan penjaganya sementara wanita itu memfailkan permohonan itu.

Dalam pada itu, berhubung permohonan nusyuz yang difailkan suami Puteri Sarah, Puteri Ummi Kartini berkata pihaknya masih belum menerima saman dan tuntutan tersebut.

"Tidak mengapa kalau dia (Syamsul) kalau mahu failkan (permohonan nusyuz). Oleh itu kita akan menjawab selepas mengkaji apa tuntutan yang diminta kerana setakat ini pihak kami masih belum terima saman dan tuntutan berkenaan," kata peguam syarie itu.

Semalam, Syamsul memfailkan permohonan nusyuz terhadap isteri pertamanya pelakon Puteri Sarah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini.

Berdasarkan pernyataan tuntutan itu, Syamsul antaranya mendakwa Puteri Sarah sering menghubungi bekas kekasihnya yang berstatus suami orang tanpa pengetahuan beliau sehingga mengganggu rumah tangga lelaki itu.

Pada 16 Jan lalu, Puteri Sarah  memfailkan permohonan cerai secara baik terhadap suaminya dengan kebenaran mahkamah di bawah Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 atas alasan mereka tidak ada persefahaman dan berlaku shiqaq (pertelingkahan) berpanjangan  serta tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri mengikut hukum syarak. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Puteri Sarah Saman Pegawai Pemasaran RM1 Juta

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Syamsul Yusof Tarik Balik Saman Terhadap JAWI, MAIWP

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Puteri Sarah Belum Beritahu Anak-Anak Dia Dan Syamsul Yusof Sudah Berpisah, Tidak Mahu Rosakkan Momen Bahagia Mereka

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Puteri Sarah Beraya Bersama Mentua, Farid Kamil Bawa Anak Sulung Ke Kedah, Shuib Sedondon Bersama Watie

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 2 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...