web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Saya Cari Dia Lepas Penat Kerja’, Adik Bongsu Sumber Kebahagiaan Meerqeen

Mempunyai jumlah peminat yang ramai hari demi hari, pemilik nama sebenar Muhammad Shameer Shauqeen itu mengakui populariti tidak pernah mengubah peribadinya.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Mar 2023 11:03AM

Meerqeen bersama adik bongsunya. - Gambar daripada Instagram Meerqeen

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kerap kali nama pelakon dan penyanyi Meerqeen mencuri tumpuan publik apabila dia sering bergurau sedang dengan adik-beradiknya menerusi perkongsian video di media sosialnya dan ia turut meraih pujian umum.

Dilambung populariti  dalam umur yang muda, Meerqeen mengakui keluarga selalu menjadi alasan untuknya terus bertahan dan mengingatkannya untuk selalu merendah diri memijak bumi.

Pelakon yang melonjak nama menerusi drama Melur Untuk Firdaus itu mengakui tidak mudah menjadi seorang Meerqeen yang memiliki jadual padat setiap hari. Namun kepenatan itu selalu hilang setiap kali melihat keletah adik bongsunya, Muhammad Shaqeel Shauqeen.

“Kehidupan saya setiap hari ialah hari yang gembira. Saya ada keluarga, kawan dan paling penting adik kecil yang saya sayang.

“Saya akan tersenyum melihatnya setiap pagi dan selepas penat balik kerja. Dia adalah sebab untuk saya rasa bahagia,” katanya kepada Getaran semasa ditemui di majlis sidang media Melur Untuk Firdaus musim kedua.

Mempunyai jumlah peminat yang ramai hari demi hari, pemilik nama sebenar Muhammad Shameer Shauqeen itu mengakui populariti tidak pernah mengubah peribadinya.

“Sejujurnya saya tidak pernah rasa popular atau memiliki nama yang besar. Saya merasakan perjalanan saya masih jauh. Itulah sebabnya bila jumpa orang, saya akan tunduk dan masih tegur mereka walaupun mereka tak tegur saya. Saya tak rasa saya dah tinggi.

“Mengekalkan nama dalam bidang ini memang susah kerana makin ramai pelakon hebat yang hadir setiap hari.

“Cara saya bertahan ialah dengan memilih projek yang bagus. Buat masa sekarang, saya fokus Melur Untuk Firdaus musim kedua kerana itu keutamaan saya tahun ini. Selepas ini banyak lagi naskhah berkualiti,” tambahnya.

Terkini, Meerqeen teruja meneruskan fenomena Melur Untuk Firdaus yang sudah memasuki musim kedua. Drama arahan Zamri Zakaria ini mengandungi 35 episod bakal menemui penonton bermula malam ini menerusi slot Akasia pukul 7.00 malam.

Manakala, khas untuk bulan Ramadan ini, slot Akasia akan disiarkan setiap hari bermula 20 Mac 2023, dari hari Isnin hingga Ahad, jam 7.00 malam. Drama ini juga boleh distrim di Disney+ Hotstar. - Getaran, 21 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

“Kami Baik-Baik Saja” – Anna Jobling Jawab Spekulasi Hubungannya Bersama Meerqeen Kian Renggang

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Color Of The Year! - Hitam Pilihan Ramai Selebriti Syawal Kali Ini

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Kalau Tak Dapat Sambutan, Saya Okay - Meerqeen Teruja Melur Untuk Firdaus Musim Kedua

4

TARA 3 tahun yang lalu

Selebriti Muda Teruja Kali Pertama Mengundi Di #PRU15

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 22 jam yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN