web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Kami Bukan Zaman Anak Dara Lagi' - Sherlie Merlis, Sofea Jane Teruja Dengan Komitmen Pelapis Baharu  

'Melalui siri inilah pertama kali saya kenal siapa Hun Haqeem, siapa Merqeen dan nama baru seperti Sara Mack Lubis. Mungkin saya tak berapa terdedah sangat dengan pelakon-pelakon baharu ini,' kata Sherlie Merlis. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Feb 2023 7:59PM

Sherlie Merlis - Gambar ihsan VIU

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sama-sama naik dan menyerlah, kemunculan semula nama besar Datin Sofea Jane dan Sherie Merlis dalam satu naskhah drama bersiri yang sama sangat mencuri tumpuan.

Kalau dulu, selalu juga dua sahabat jelita ini digandingkan bersama dalam sebuah filem. Namun, selepas itu, masing-masing akur dengan perjalanan kerjaya seni, tawaran dan rezeki yang berbeza. 

Oleh itu, apabila dipertemukan semula dalam drama bersiri Nenek Bongkok Tiga, Sherlie menganggap ini sebagai peluang yang perlu diraikan. 

Sofea Jane
Sofea Jane

“Saya dan Sofea bersahabat baik sejak zaman anak dara dan sama-sama bermula dalam industri seni. Namun, apabila sibuk dengan kehidupan masing-masing, kami jarang bertemu dan bekerja dalam filem atau drama.

“Kami banyak berbincang kelainan apa yang ingin kami tonjolkan dalam siri ini. Perbincangan itulah yang menimbulkan keserasian antara kami dalam membawa watak masing-masing,” katanya ketika ditemui Getaran di majlis sidang media Nenek Bongkok Tiga. 

Barisan pelakon Nenek Bongkok Tiga.
Barisan pelakon Nenek Bongkok Tiga.

Bergandingan dengan pelakon baharu, Sherlie mengakui industri lakon layar mempunyai pelapis yang sangat bermutu melihat kepada komitmen pelakon muda ketika penggambaran.   

Merqeen
Merqeen

“Melalui siri inilah pertama kali saya kenal siapa Hun Haqeem, siapa Merqeen dan nama baru seperti Sara Mack Lubis. Mungkin saya tak berapa terdedah sangat dengan pelakon-pelakon baru ini.

“Apa yang boleh saya kongsikan, mereka sangat bagus dan mempunyai potensi yang sangat baik,” tambahnya. 

Nenek Bongkok Tiga menceritakan lapan orang individu terperangkap di dalam sebuah rumah agam yang dihuni seorang nenek. Tidak lama kemudian, mereka mula sedar yang mereka telah menjadi tebusan di sebuah dimensi yang tidak dikenali.

Dengan ancaman jahat yang semakin bahaya, kelapan-lapan tebusan tersebut terpaksa memenangi siri permainan yang dicipta oleh nenek untuk kembali ke kehidupan asal.

‘Nenek Bongkok Tiga’ menampilkan gabungan mantap pelakon baharu dan lama dalam bidang lakonan tanah air seperti Hun Haqeem, Sara Ali, Syafie Naswip, Merqeen, Syazwan Zulkifly, Ashraf Muslim, Fimie Don, Sara Mack Lubis dan Rykarl Iskandar. – Getaran, 17 Februari 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 1 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN