web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 17 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Saharul Ridzwan Enggan Korbankan Janggut Demi Lakonan - 'Insha-Allah Saya Simpan Sampai Mati'

Kata Saharul, dia akan cuba sedaya upaya untuk tidak mencukur janggutnya semata-mata untuk memenuhi tuntutan watak kerana percaya di luar sana terdapat ramai penulis skrip yang hebat yang mampu mengolah cerita.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Feb 2023 3:10PM

Saharul Rizwan - Gambar Instagram Saharul Rizwan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon kacak yang baru sahaja muncul dengan filem bergenre aksi Coast Guard Malaysia: Ops Helang, Saharul Rizwan mengakui tidak akan mencukur janggutnya sehingga bersih untuk watak-watak dalam lakonannya akan datang. 

Ketika ini, Saharul atau nama penuhnya Mohd Saharul Ridzwan Hashim 34, lebih selesa dengan imej berjanggut yang kian sebati dengan penampilannya seiring dengan penghijrahan yang dilakukannya sejak beberapa tahun lalu. 

Ditanya andai ada karakter yang memerlukan dia mencukur bersih janggutnya, Saharul berkata mungkin dia tidak akan berbuat demikian.
Ditanya andai ada karakter yang memerlukan dia mencukur bersih janggutnya, Saharul berkata mungkin dia tidak akan berbuat demikian.

Ditanya andai ada karakter yang memerlukan dia mencukur bersih janggutnya, kata Saharul mungkin dia tidak akan berbuat demikian.

Clean shave tak kot. Ini Insha-Allah saya simpan sampai mati la kot. Insha-Allah, kita boleh buat. Saya rasa penulis-penulis skrip kita sangat hebat. Kalau filem Tamil boleh diolah berpusing-pusing, apatah lagi kita di Malaysia.

“Lagipun sekarang kita ada pelbagai teknik solekan kesan khas. Mungkin boleh menutupi janggut saya dengan teknik itu. Sedangkan yang tua pun boleh dimudakan, dan yang muda dituakan,” katanya ketika ditemui di tayangan perdana filem Coast Guard Malaysia : Ops Helang

Dalam filem Coast Guard Malaysia : Ops Helang, Saharul membawakan watak utama sebagai Leftenan (M) Hafiz. Dan di dalam filem ini, wajahnya bersih dari sebarang janggut ataupun kumis. 

Ditanya adakah dia sanggup mengekalkan imej yang sama andai filem ini mempunyai sekuel nanti, Saharul memberitahu bahawa dia tetap dengan pendiriannya kerana pernah melihat salah seorang anggota beruniform itu yang mempunyai jambang. 

Ketika ini filem Coast Guard Malaysia : Ops Helang arahan Allahyarham Pitt Hanif masih rancak ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia.

Selain Saharul, filem ini turut dibintangi oleh Julia Farhana, Adlin Aman Ramlie, Sabri Yunus, Hazama, Aziz M Osman, Sherie Merlis, Jaja Ilyes dan ramai lagi. – Getaran, 17 Februari 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 11 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN