web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Deepika Padukone Dikecam Peminat Kerana Menaiki Pesawat Kelas Ekonomi

Kehadirannya Deepika disedari di dalam pesawat kelas tersebut hanya disedari sewaktu dia bangun untuk menuju ke tandas.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Feb 2023 12:02PM

Deepika Padukone - Gambar Instagram Deepika Padukone

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Susah betul menjadi seorang selebriti. Kalau menaiki penerbangan kelas ‘business’ dikatakan menunjuk-nunjuk dan bila memilih kelas ekonomi pula, mereka dikecam kerana seolah-olah dikatakan tidak berkemampuan. 

Inilah yang berlaku kepada aktres Deepika Padukone apabila baru-baru ini memiliki untuk menaiki penerbangan Indigo Airlines, kelas ekonomi. 

Ramai penumpang di dalam pesawat tersebut yang tidak menyedari akan kehadiran Deepika di dalam pesawat tersebut. 

Kehadirannya hanya disedari sewaktu dia bangun untuk menuju ke tandas. Sebaik sahaja menyedari bahawa wanita cantik itu adalah Deepika, mereka menjadi teruja dan turut mengambil video. 

Video itu serta-merta menjadi viral dan ia turut menjadi perbualan hangat di kalangan netizen. Ada yang memujinya kerana tidak memilih untuk menaiki kelas ekonomi. 

Tidak kurang juga yang mempertikaikan tindakannya itu kerana dia disifatkan sebagai artis Bollywood Gred A. Mereka tertanya mengapa Deepika berada di kelas tersebut. 

Disebabkan itu, timbul perbalahan sesama sendiri di netizen kerana ada yang menganggap tindakan Deepika itu tidak salah sama sekali. Tidak kiralah dia selebriti atau tidak, dia bebas untuk menaiki pesawat kelas apa sekali pun. 

Namun, bagi yang sudah biasa menggunakan penerbangan Indigo, mereka menjelaskan bahawa pesawat itu memang tidak menyediakan kelas ‘business’. 

Jadi, sama ada seseorang itu adalah ahli politik, ahli perniagaan mahu pun selebriti yang terkenal, jika mahu menggunakan penerbangan Indigo, memang harus menaiki kelas biasa seperti eknomi.  

Sebelum Deepika pun, ramai aktor dan aktres Bollywood yang pernah menaiki kelas enomoni sebelum ini. Antaranya adalah Katrina Kaif, Vicky Kaushal dan Kartik Aaryan. 

Dalam pada itu, selepas kejayaan Pathaan, Deepika dilaporkan bakal muncul dengan filem terbaharu berjudul Fighter bersama Hrithik Roshan. Bahkan, dia juga sudah pun menandatangani kontrak filem India Selatan dengan bintang Baahubali, Prabhas untuk sebuah filem bertajuk Project K

Saat ini, Deepika memang sedang menikmati kejayaan Pathaan dan karakternya sebagai Rubai dalam filem arahan Rohot Shetty itu cukup disenangi peminatnya. – Getaran, 17 Februari 2023

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 jam yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

oleh Rahayu MN