web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiada Dendam, Mas Idayu Dan Sissy Imann Akhirnya Berpelukan Di Pentas Akhir Famili Duo

Menurut Mas Idayu, sepanjang seminggu kontroversi yang melanda dirinya dan Sissy Imann, dia telah dicaci dan dimaki oleh netizen dengan perkataan kesat seperti babi, anjing, celaka dan sial. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Feb 2023 3:12PM

Sissy Imann berpelukan dengan Sissy Imann di atas pentas Famili Duo. - Gambar ihsan TV3

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tiada dendam, juri profesional Famili Duo musim kedua iaitu Mas Idayu dilihat telah berpelukan dengan Sissy Imann di atas pentas sejurus konsert akhir berlangsung malam Ahad lalu.

Umum mengetahui mereka berdua terpalit dengan kontroversi beberapa minggu lalu apabila Mas Idayu memberikan kritikan pedas buat Sissy Imann dan Naim Daniel kerana gagal membuat persembahan dengan baik.

Rentetan itu, pelbagai kecaman telah dilemparkan oleh netizen kepada Mas Idayu. Sissy Imann pula dilihat seolah-oleh sudah berputus asa dengan dunia nyanyian sehingga sanggup menjual album terbarunya dengan harga RM20 sehari selepas dia dikritik oleh Mas Idayu. 

Pada konsert minggu ketujuh pula, Mas Idayu enggan memberikan komen kepada pasangan duo Naim Daniel dan Sissy Imann. 

Namun pada malam konsert akhir, Mas Idayu telah memberikan komen kepada mereka berdua dan telah memuji persembahan mereka. 

Naim Daniel dan Sissy Imann.
Naim Daniel dan Sissy Imann.

Menurut Mas Idayu, sepanjang dia mendiamkan diri, dia telah menerima bamyak kecaman dan makian daripada netizen.

"Dalam Masa seminggu itu, mummy dapat panggilan babi, anjing, celaka, sial dan banyak lagi. Tetapi mummy tak nak jawab apa-apa kerana mummy tidak mahu mereka kacau peserta mummy. Mummy mengalu-alukan netizen mengecam mummy, asalkan jangan ganggu peserta mummy. 

"Malah ada peserta Famili Duo yang DM mummy, mereka kata nampak sangat mummy sayangkan Sissy Imann dan Naim Daniel lebih daripada mereka. Tapi mummy tak reply DM mereka. Sebab apa? Sebab orang boleh nampak mummy beria marahkan Sissy dan Naim. 

"Sebenarnya mummy dah teruja bila mereka ingin keroncongkan lagu Jampi itu. Mummy dah rancang nak berikan RM10,000 kepada mereka. Tetapi sebaliknya berlaku. Mummy dah tak boleh nak tolong. Mummy tak nak orang cakap mummy bias dan tak bijak dalam menilai," katanya ketika ditemui di sidang media sejurus tamat konsert akhir Famili Duo

Kata Mas Idayu lagi, selama menjurikan Famili Duo, dia tidak pernah mengkritik dengan teruk mengenai persembahan Naim dan Sissy, cuma pada minggu keenam sahaja. 

"Mereka berdua merupakan penyanyi yang bijak dan berilmu. Mummy cuma nak mereka menjadi seorang yang kuat," ujarnya.

Konsert akhir Famili Duo musim kedua yang telah melabuhkan tirainya Ahad lalu menyaksikan pasangan adik beradik iaitu Zaki Yamani dan Yamani Abdillah dinobatkan sebagai juara dan membawa pulang hadiah berupa want tunai bernilai RM100,000. - Getaran, 7 Februari 2023.

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu