web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 21 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ustaz Nabil Ahmad Kini Sertai TV-AL Hijrah, Ramai Tertanya Apa Jawatannya Di Stesen Televisyen Tersebut  

Penceramah, pakar motivasi dan pengacara, Ustaz Nabil Ahmad kini sudah pun menyertai TV – Al-Hijrah secara rasmi semalam.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Feb 2023 1:00PM

Ustaz Nabil Ahmad - Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Wah! Penceramah, pakar motivasi dan pengacara, Ustaz Nabil Ahmad kini sudah pun menyertai TV – Al-Hijrah secara rasmi pada hari semalam. 

Perkara itu disahihkan oleh Ustaz Nabil yang juga adalah anggota kumpulan nasyid, Far East dalam satu hantaran di Facebook. 

“02.02.23 – Bismillah. Selesai melapor diri di tempat baru. Mohon doa semua, moga yang baik-baik buat kita," tulisnya sambil memuatnaik selfie gambarnya yang berlatarbelakangkan bangunan TV Al-Hijrah. 

Perkongsian Ustaz Nabil meraih tanda suka sebanyak 4.5 ribu orang. Bahkan ramai yang mengucapkan tahniah buat beliau di atas tugas baharunya itu. 

Namun pada masa yang sama, tidak kurang juga yang tertanya-tanya, apakah jawatan yang dipegang Ustaz Nabil di stesen televisyen tersebut. 

Bagi mendapatkan pengesahan tersebut, Getaran telah berusaha untuk menghubungi wakil pihak TV Al-Hijrah. 

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Namanzee Harris memberitahu, Ustaz Nabil sebetulnya adalah pegawai pinjaman daripada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). 

“Beliau dipinjamkan di TV-Al Hijrah untuk membantu membuat penyelidikan berkaitan kandungan projek khas melibatkan Al-Hijrah dengan Jakim. Misalnya, seperti Tilawah AL-Quran dan Maulidur Rasul,” katanya. 

Tahniah buat Ustaz Nabil. Semoga penyertaan di TV Al-Hijrah akan dapat membantu untuk menzahirkan lagi kandungan program Islamik khas yang lebih mantap dan menarik. 

Dalam pada itu, Ustaz Nabil juga bakal menjayakan konsert Saujana 25 Tahun sempena penglibatan kumpulan nasyid itu di dalam industri muzik selama 25 tahun yang akan diadakan di Zepp KL pada 5 Mac ini. – Getaran, 3 Februari 2023 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Ayam Leher Panjang Disembelih Ikut Syarak’ - JAKIM

2

Semasa 1 tahun yang lalu

GISB: Orang Ramai Ada Maklumat Perlu Adu Kepada JAKIM - Mohd Na'im

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Masjid Seliaan JAKIM Adakan Solat Jenazah Ghaib Ismail Haniyeh Malam Ini

4

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Persembahan Untuk Maal Hijrah Berdasarkan Tafsir Ilmi Kejadian Langit Dan Bumi’ - JAKIM

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 15 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN