web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ada Banyak Promosi, Yang Penting Ayam Tetap 88 Sen - Rosyam Nor Buka Cawangan ST Rosyam Mart Di Kepong 

''Alhamdulillah, seawal jam 6.30 pagi selepas solat Subuh, ramai yang datang. Dah penuh orang beratur. Alhamdulillah, terima kasih semua kerana menyokong,'' kata Rosyam. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Feb 2023 1:12PM

Rosyam Nor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tidak dinafikan ramai warga Lembah Klang yang gemar berbelanja di ST Rosyam Nor Mart. Sama ada golongan peniaga mahu pun pembeli biasa, ST Rosyam Mart menjadi pilihan mereka kerana harganya yang jauh lebih murah serta berpatutan berbanding pasaraya runcit lain. 

Terbaharu, produser dan pelakon yang kini bergelar usahawan, Datuk Rosyam Nor telah memuat naik hantaran video tentang pembukaan cawangan ST Rosyam Nor Mart di Taman Ehsan Kepong yang mula dibuka pada 7 pagi tadi. 

“Alhamdulillah, seawal jam 6.30 pagi selepas solat Subuh, ramai yang datang. Dah penuh orang beratur. Alhamdulillah, terima kasih semua kerana menyokong,” kata Rosyam. 

Bahkan, Rosyam juga turut menunjukkan betapa sibuknya kakitangan ST Rosyam Mart bekerja pada pagi ini termasuk yang menjaga kaunter pendaftaran untuk mereka yang mahu mendaftar menjadi ahli.

“Macam itulah keadaan pada pagi ini pada hari pembukaan. Siapa-siapa yang cuti di Wilayah Persekutuan, bolehlah datang,” katanya lagi. 

Rosyam Nor mempromosikan ayam 88 sen di ST Rosyam Mart di Taman Ehsan Kepong.
Rosyam Nor mempromosikan ayam 88 sen di ST Rosyam Mart di Taman Ehsan Kepong.

Sejak semalam lagi, Rosyam Nor telah berkongsi video tentang detik-detik persiapan untuk pembukaan cawangan terbaharu ST Rosyam Mart itu, sambil memperkenalkan batilion kakitangannya yang rata-rata cukup bersemangat untuk bekerja. 

“Berbelanja di ST Rosyam Mart. Kita ada banyak promosi yang penting ayam tetap 88 sen,” katanya. 

Ramai netizen yang teruja dan mengucapkan tahniah buat Rosyam di atas pembukaan cawangan tersebut. Namun pada masa yang sama, mereka juga meminta Rosyam untuk membuka cawangan pasaraya yang diusahakannya  itu di negeri-negeri lain seperti Pulau Pinang, Johor, Pahang, Perak serta Kelantan. 

Kita doa sajalah. Siapa tahu, selepas ini Rosyam akan akan membuka cawangan ST Rosyam Nor di negeri-negeri lain pula. Segalanya tidak mustahil. – Getaran, 1 Februari 2023 



 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu