web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 20 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Isu Makin Panas, Bila Fadhil Haniff Dikatakan Punca Syamsul Yusof Berubah Sampai Sanggup Kahwin Ira Kazar! 

Seorang pengguna akaun yang menggunakan nama @aryan.bun8 telah meraih perhatian ramai di dalam ruangan komen tersebut apabila mendakwa sikap Syamsul Yusof berubah kerana Fadhil Ahmad yang juga seorang pekerja belakang tabir industri perfileman tanah air. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jan 2023 12:11PM

Syamsul Yusof, Fadhil Haniff dan Ira Kazar - Gambar Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Biarpun poligami dibenarkan di dalam Islam (mengikut hukum syarak bukan nafsu), namun tidak semua wanita sanggup dimadukan! 

Tidak semua wanita juga dapat menerima hakikat apabila suami sanggup berkahwin lain di sempadan Thailand secara senyap-senyap selepas dicurangi beberapa tahun. 

Bahkan, tidak semua wanita punya keberanian untuk bersuara dan mendedahkan ‘kemelut rumah tangga’ yang dihadapi selama bertahun-tahun! 

Menjadi Puteri Sarah Liyana bukan mudah kerana kekuatan fizikal dan mental yang dimilikinya bukan kepalang sedikit! 

Tidak hairanlah mengapa saat ini, ramai netizen yang berpihak kepadanya. Bukan setakat golongan wanita semata-mata tetapi juga lelaki. 

Di dalam hantaran terkini yang dimuatnaiknya semalam untuk menuntut cerai daripada Syamsul, sokongan yang diterimanya daripada selebriti dan netizen muncurah-curah menerusi ruangan komen. 

Namun, seorang pengguna akaun yang menggunakan nama @aryan.bun8 telah meraih perhatian ramai di dalam ruangan komen tersebut. Daripada pendedahannya, kita dapat simpulkan dia adalah salah seorang salah seorang krew produksi dan pernah bekerja dengan Syamsul. 

Tangkapan layar Instagram komen @aryan.bun8
Tangkapan layar Instagram komen @aryan.bun8

Dia telah mendedahkan kisah bagaimana dia melihat sendiri Kazar dan Ira datang ke set lokasi penggambaran Mat Kilau

Kazar dilihat berbincang sesuatu dengan Syamsul dan menurut pengguna akaun media sosial ini, Kazar mahu Syamsul cepat mengahwini Ira. 

Dalam satu komen lain, @aryan.bun8 juga memberitahu bahawa Kazar juga telah dilihat berada di Thailand dan apabila ditanya, memberikan alasan bahawa dia terlibat dengan penggambaran di sana. 

Namun, apabila ditanya penggambaran untuk apa, produksi mana dan sebagainya, Kazar tidak dapat menjawab dengan lebih lanjut. 

Dalam komen seterusnya, @aryan.bun8 juga mendakwa bahawa pengurus produksi yang juga aktor bernama Fadhil Haniff adalah punca dan penyebab sikap dan perangai Syamsul berubah kerana tidak pernah menegur perbuatan anak Datuk Yusof Haslam itu. 

Dia juga turut mendakwa Fadhil makan duit Syamsul dan musnahkan hidup Syamsul dengan keluarga serta memohon Datuk Yusof seupaya menghentikan segala kegiatan Fadhil dengan Syamsul. 

Disebabkan @aryan.bun8 telah memetik namanya, Fadhil Haniff telah memuatnaik hantaran di akaun instagramnya. Dalam keadaan marah, Fadhil menulis: 

“Demi Allah, Aku tak campur urusan rumah tangga orang lain. Jangan cari masalah dengan aku sial! Kepada empunya akaun IG tu, lu tunggu wa cari lu XXXX.

“Kepada Puteri Sarah Liyana, Maafkan abang sebab abang memang tak tahu apa-apa hal. Kalau tak percaya boleh tanya Datuk Yusof Haslam,” katanya lagi. 

Beberapa rakannya termasuk aktor Datuk Aaron Aziz memintanya bertenang dan tidak cepat melenting menerusi ruangan komen. 

Bagi mereka, jika Fadhil Haniff berada di pihak yang benar, dia tidak perlu cepat melenting dengan kenyataan pengguna media sosial bernama @aryan.bun8. Apatah lagi, akaun pengguna media sosial itu juga telah dikenalpasti sebagai akaun palsu. - Getaran, 11 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Syamsul Yusof, Ira Kazar Sah Cerai Talak Satu

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Puteri Sarah Saman Pegawai Pemasaran RM1 Juta

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Syamsul Yusof Tarik Balik Saman Terhadap JAWI, MAIWP

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Puteri Sarah Belum Beritahu Anak-Anak Dia Dan Syamsul Yusof Sudah Berpisah, Tidak Mahu Rosakkan Momen Bahagia Mereka

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 14 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN