web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 16 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sahih! Bintang Hollywood, Edward Norton Punya Susur Galur Dengan Wanita Asli Amerika Berpengaruh, Pocahontas 

Bintang Hollywood, Edward Norton tidak menjangka akan menerima berita yang mengejutkan itu selepas dia terlibat dengan program TV siri salasilah, Finding Your Roots terbitan Public Broadcasting Service (PBS).

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jan 2023 10:00AM

Edward Norton dalam filem 'Glass Onion' yang kini boleh ditonton di Netflix

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bintang Hollywood, Edward Norton tidak menjangka akan menerima berita yang mengejutkan selepas dia terlibat dengan program TV siri salasilah, 'Finding Your Roots' terbitan Public Broadcasting Service (PBS).

Norton yang juga adalah salah satu bintang utama filem Glass Onion: A Knives Out Mystery di Netflix telah dimaklumkan bahawa dia adalah waris dekat kepada wanita Asli Amerika yang cukup berpengaruh iaitu Pocahontas. 

Bahkan, Disney turut menghasilkan sebuah filem animasi tentang kisah diri Pocahontas dengan menggunakan judul namanya sendiri pada 1995. 

Berbalik kepada Norton, sewaktu membesar, dia beranggapan dakwaan yang mengatakan keluarganya mempunyai kaitan susur galur dengan Pocahontas itu hanyalah sekadar kisah lagenda keluarga. 

Tetapi, anggapannya itu terbukti salah dan dia benar-benar adalah waris yang cukup dekat dengan Pocahontas iaitu wanita Asli Amerika daripada suku kaum Powhatan yang cukup terkenal kerana telah mencetuskan sejarah menerusi hubungannya dengan penempatan penjajah di Jamestown, Virginia.

Norton muncul dalam episode pertama musim kesembilan rancangan itu bersama rakan bintang Hollywood, Julia Roberts, baru-baru ini. 

Pengacara rancangan itu, Henry Louis Gates Jr kemudian mengesahkan bahawa Pocahontas adalah moyang perempuan Norton yang ke-12, setelah berkahwin dengan seorang penjajah bernama John Rolfe. 

"Anda mempunyai jejak dokumen secara langsung. Tidak syak lagi," kata Gates kepadanya.

Pocahontas dan Rolfe berkahwin pada April 1614 di Jamestown, Virginia. Dia kemudian meninggal dunia tiga tahun selepas itu pada Mac 1617 di Garvesend, England. 

"Ia membuat anda sedar, betapa kecilnya anda daripada keseluruhan kisah kisah manusia," jawab Norton.

Gates juga mendedahkan bahawa nenek moyang Norton juga mempunyai ‘hamba abdi’, yang digambarkan pelakon itu sebagai "tidak selesa" untuk didengar.

"Semua orang harus tidak selesa dengannya," katanya. 

Menulis di Twitter selepas siaran episod itu, beliau menambah bahawa penglibatannya di dalam rancangan itu adalah "satu keistimewaan dan keseronokan".

"Saya telah mengagumi Prof Skip Gates selama bertahun-tahun sebagai sejarawan, seorang guru, penulis, ahli perbualan dan saya suka rancangan ini. 

"Dia seorang yang memberikan inspirasi dan ini penuh pendedahan dan wawasannya yang indah tentang kehidupan dan bagaimana kita semua berhubung kait dengan sejarah," tulisnya. – Getaran 6 Januari 2023 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 10 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN