web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Semoga Pihak Di Sana Tidak Melengahkan Segala Urusan Pembayaran - Hidayah Syukur Keputusan Mahkamah 

Mahkamah telah menolak rayuan Ali Puteh untuk mengetepikan pembayaran ganti rugi sebanyak RM60,000 kepada Siti Nor Hidayah.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jan 2023 12:02PM

Siti Nor Hidayah Mohd Ali dan Ali Puteh - Gambar Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Balu kepada arwah Abam Bocey iaitu Hidayah meluahkan rasa syukur selepas keputusan rayuan saman fitnah telah berpihak kepadanya.

Menerusi satu hantaran yang dibuat oleh Hidayah di Instagram, dia memanjatkan rasa syukur dengan keputusan mahkamah dan berharap adik iparnya iaitu Ali Puteh tidak melengah-lengahkan lagi urusan pembayaran.

“Alhamdulillah syukur pada Allah. Keputusan rayuan saman fitnah telah diputuskan, juga telah memihak kepada Hidayah. 

“Semoga pihak di sana tidak melengah-lengahkan lagi segala urusan pembayaran mengikut perintah mahkamah yang telah ditetapkan.

“Semoga Hidayah dan Hamzah (anak lelakinya bersama Abam) boleh meneruskan kehidupan yang lebih baik dan sempurna selepas ini.

“Terima kasih semua yang telah mendoakan Hidayah dan Hamzah," tulisnya di bahagian kapsyen. 

Terdahulu Ali Puteh telah memfailkan saman terhadap Hidayah atau nama sebenarnya Siti Nor Hidayah Mohd Ali dan usahawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri berhubung temu bual yang disiarkan secara langsung menerusi akaun YouTube usahawan itu. Namun tuntutan saman itu telah ditolak mahkamah. 

Ali juga gagal dalam rayuannya untuk mengenepikan keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur yang memerintahkan dia membayar ganti rugi berjumlah RM60,000 kepada Hidayah kerana memfitnah dalam media sosial, Instagram dua tahun lalu.

Pada Mei 2020, Hidayah telah memfailkan saman terhadap adik iparnya berhubung kenyataan yang dibuat Ali menerusi akaun Instagram yang menggambarkan Hidayah sebagai seorang isteri yang jahat dan tamakkan harta pusaka arwah suaminya. – Getaran, 5 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Rafizi Arah Pasukan Guaman Saman Wan Ahmad Fayhsal

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Laju Sangat...Kan Dah Kena Saman

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Saman Bapa Budak Lelaki 11 Tahun Pandu Kereta

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Barangan Mewah Lebih AS$346 Juta: 1MDB, 10 Syarikat Saman Rosmah

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 4 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN