web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Melampau! Anak Perempuan Dr Amalina Umur 9 Minggu Terima Kata Lucah, Pelaku Bakal Terima Tindakan

Entah apalah yang berada dalam fikiran sesetengah manusia apabila sanggup menghambur kata-kata tidak senonoh kepada bayi berusia 9 minggu. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Dec 2022 2:00PM

Amalina mula menerima reaksi pelbagai netizen selepas berkongsi status mengenai servis sunat bayi. - Gambar Instagram Dr Amalina

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Entah apalah yang berada dalam fikiran sesetengah manusia apabila sanggup menghambur kata-kata tidak senonoh kepada bayi berusia 9 minggu. 

Itulah yang menimpa pakar bedah kelahiran Malaysia, Dr Amalina Che Bakri apabila kata-katanya mengenai status servis sunat bayi tidak hanya disalah erti malah lebih teruk anaknya dijadikan modal gangguan seksual.

Sebelum ini, Amalina menjawab soalan salah seorang pengikut di laman Instagram mengenai servis sunat bayi.

Doktor itu mendedahkan tiada servis seumpama itu di negara berkenaan kerana ia dianggap melanggar undang-undang negara.

Dr Amalina Che Bakri - Gambar Instagram Dr Amalina
Dr Amalina Che Bakri - Gambar Instagram Dr Amalina

“Tidak pernah saya mempertikaikan hukum Islam, malah saya buat kenyataan, kalau anda berada di Malaysia, ikutlah fatwa dan undang-undang negara Malaysia,” tulisnya di laman Twitter. 

Amalina mendakwa, beberapa tabloid telah mengambil kenyataan yang dikeluarkannya. Namun malangnya, artikel tersebut menerima reaksi yang sangat buruk daripada warganet yang menghentam Amalina dan anaknya di ruangan komen. 

“Saya tidak terkesan sekiranya kata-kata tersebut ditujukan kepada saya, tapi mereka sudah melampaui batas apabila membuat kenyataan berbaur lucah terhadap anak saya yang tidak ada dosa sekalipun. Tolong jangan ganggu anak saya.

“Untuk makluman, saya dalam proses untuk mengambil tindakan undang-undang supaya menjadi pengajaran kepada semua,” tulisnya tuntas. – Getaran, 20 Disember 2022 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Saksi Nafi Taruh Hati Pada Ebit Lew 

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Siasatan Gangguan Seksual Terhadap Wartawan Wanita Di Peringkat Akhir

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Gangguan Seksual Oleh Petugas Kempen: Saifuddin Jamin Siasatan Telus

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Bayi 2 Tahun, Remaja Maut  Dipercayai Keracunan Makanan

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 9 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN