web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 16 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ungku Ismail Jelaskan Kekeliruan Tabung As-Siddiq, Jumlah Yang Berjaya Dikutip Sebanyak RM270,000

Pada waktu yang sama, Ungku Ismail juga memaklumkan bahawa Nad Zainal berada dalam keadaan yang baik dan menunjukkan tanda-tanda peningkatan untuk pulih.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Dec 2022 10:00AM

Nad Zainal - Gambar dari Instagram 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon Ungku Ismail yang juga rakan akrab kepada Nad Zainal memaklumkan bahawa kondisi pelakon wanita itu berada dalam keadaan yang baik dan semakin menunjukkan tanda-tanda peningkatan untuk pulih. 

“Nad kini dalam proses pemulihan terutama untuk paru-parunya. Saya harap anda semua terus berdoa agar dia (Nad) terus diberikan sembuh, dilenyapkan kesakitan dan diberikan kesihatan yang baik seperti sedia kala dalam masa terdekat ini,” katanya. 

Ungku Ismail berkata demikian menerusi sebuah hantaran video terbaharu di Instagram miliknya yang dimuat naik malam tadi. 

Menerusi hantaran video tersebut, Ungku Ismail turut mengambil kesempatan untuk menjelaskan mengenai kekeliruan yang tercetus mengenai jumlah derma kilat Tabung Nad Zainal yang dikutip melalui Pertubuhan As-Siddiq. 

Ungku Ismail - Gambar dari Instagram
Ungku Ismail - Gambar dari Instagram

“Ada beberapa portal akhbar yang gunakan gunakan poster Tabung As-Siddiq, tapi jumlah sumbangan daripada tabung lain. Itu sama sekali tidak tepat dan boleh mencetuskan kekeliruan. 

“Jumlah yang kita dapat kumpul daripada Tabung Nad Zainal As-Siddiq adalah sebanyak RM270,000 yang mana kita mempunyai perjanjian bahawa 3 peratus daripada kutipan ini akan diserahkan kepada pertubuhan tersebut sebagai bayaran pengurusan. 

“Nad Zainal sendiri maklum akan hal ini. Sebahagiannya pula kita salurkan kepada hospital untuk biaya rawatan Nad dan selebihnya, ia digunakan untuk apa sahaja yang berkaitan dengan ikhtiar dan dan rawatan. 

“Memang kita guna rawatan pakar perubatan, tapi apa sahaja yang berkaitan dengan rawatan kita akan pakai duit daripada sumbangan ini,” katanya. 

Mengenai persoalan tentang perubatan Islam, Ungku Ismail menjelaskan, keluarga Nad telah berusaha melakukannya pada hari kedua lagi (ketika Nad dimasukkan ke hospital). 

“Saya tidak mahu cerita lebih lanjut, Tapi, memang kita ada gunakan. Yang bagitau cuba mintak pusat tahfiz untuk doakan, ada juga kita buat. Yang bagitau cuba bagi air zam zam, ada. Kita ada buat juga. 

“Tapi, antara ikhtiar paling mujarab adalah merawat orang yang sakit dengan membuat amal. Jadi, ada sebahagian yang kita infaqkan atas nama Fara Nadia Zainal Abidin atas amalan untuk ubat mujarab kepada penyakitnya. 

“Kita infaqkan pada perumahan anak yatim, masjid, pusat-pusat tahfiz dan orang-orang yang sangat-sangat memerlukan. Itulah pecahannya” katanya. 

Jelas Ungku Ismail lagi, ada sebahagian daripada jumlah wang kutipan itu yang disalurkan untuk keperluan pacsa penjagaan rawatan Nad selepas keluar dari hospital. 

“Sebab, bila dia keluar dari hospital, dia tidak boleh terus menjalani penggambaran kerana dia tidak boleh terlalu cergas dan dinasihatkan untuk berehat di rumah. 

“Oleh kerana sumber pendapatan utamanya datang daripada syuting, jadi kita akan guna sebahagian duit itu untuk bantu dia (tujuan itu),” katanya. - Getaran, 16 Disember 2022 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 10 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...