web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 21 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Aziz Harun Hanya Kawan, Jadi Pendengar Terawal Lagu Ciptaan Saya - Aisha Retno

Aisha juga mendedahkan, Aziz banyak memperkenalkannya dengan penyanyi dan muzik yang luar daripada pengetahuannya. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Dec 2022 6:08PM

Aisha dan Aziz - Tangkapan layar dari video di Instagram Aziz Harun

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sering dilihat hadir bersama-sama ke beberapa konsert, ramai yang mula meneka-neka hubungan penyanyi Aisha Retno dengan komposer asal Brunei, Aziz Harun. 

Pelantun lagu Sutera itu bagaimanapun mendedahkan dia dan Aziz hanya sekadar berkawan rapat dan saling menyokong kerjaya nyanyian dan pembikinan lagu masing-masing.

Apatah lagi, Aisha juga baru bergelar penulis lirik di Faithful Music, syarikat naungan yang sama dengan Aziz Harun. 

“Kami hanya berkawan baik dan saling menyokong antara satu sama lain. Maklumlah, kami sama-sama menulis lagu yang berkongsi genre muzik yang sama. Saya banyak bertanya daripada dia bahkan sebelum masuk pertandingan Big Stage lagi.

“Aziz boleh dikatakan antara pendengar terawal karya-karya saya yang belum dikeluarkan,” katanya kepada Getaran ketika ditemui di ibu kota baru-baru ini. 

Bukan itu sahaja, Aisha juga mendedahkan, Aziz banyak memperkenalkannya dengan penyanyi dan muzik yang luar daripada pengetahuannya. 

“Kami berkongsi minat yang sama dalam muzik. Dia juga banyak memperkenalkan saya dengan lagu-lagu yang menjadikan rujukan saya seperti lagu-lagu Raisa dan Rizky Febian,” tambahnya.

Terkini, Aisha tampil dengan sebuah single terbaharu bertajuk I Love Sadness More atau I.L.S.M yang juga menjadi kesinambungan daripada W.H.U.T yang mencatatkan 32 juta penstriman di Spotify.

Lagu W.H.U.T dan I.LS.M diambil daripada peribadi kepada Aisha sendiri. Lagu W.H.U.T lebih kepada cinta monyet, makanakala I.L.S.M menceritakan bagaimana Aisha lebih matang mengenali cinta di dalam hidupnya. - Getaran, 13 Disember 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 15 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...