web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 16 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Waktu Berselisih Dengannya, Saya Seperti Terkena ‘Karen’, Itu Punca Da’i Syed Ingin Peristerikan Hana 

Kata Da’i Syed, sepanjang proses taaruf itu, dia mendapati, Hana adalah seorang wanita yang formal matang dan penuh berwibawa. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Dec 2022 12:00PM

Da'i Syed dan Hana selamat dinikahkan pada 3 Disember lalu. - Gambar Instagram Da'i Syed

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pendakwah selebriti dan penyanyi, Da’i Syed, 27, mendedahkan pertemuan dengan Nurul Hana Ismail, 36, dalam sebuah majlis ilmu telah membuka hatinya untuk memperisterikan pengacara TV Al-Hijrah itu. 

Perkara itu telah didedahkan Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful menerusi sebuah video live yang dimuat di platform Instagramnya, malam tadi. 

Ditemani Hana yang berada di sisinya sepanjang video live itu bersiaran, Da’i Syed memberitahu sewaktu berselisih dengan Hana di majlis itu ilmu, dia berasa seperti terkena serangan renjatan elektrik. 

“Setiap kali saya berselisih dengan dia, saya rasa macam kena ‘karen’. Saya terus beritahu Kak Umie Aida (Datik Paduka Umi Aida). Saya katakana pada dia (Kak Umie), saya ingin mengenali Hana, Hana bukan kenal biasa-biasa tetapi serius untuk berkahwin. 

“Kata Kak Umie Hana memang single tetapi dia perlu bertanya dan meminta izin kepada Hana dahulu, kalau ada jodoh dan jika diizinkan Allah, mungkin saya akan dapat jawapan,” kata Da’i Syed. 

Menurut Da’i Syed lagi, selepas memaklumkan perkara itu kepada Umie Aida, dia berasa tidak keruan untuk menantikan jawapan tersebut. 

“Sehari dua hari saya tunggu, tapi saya tidak dapat jawapan. Hari seterusnya pun begitu. Ia membuatkan saya rasa tidak keruan. 

“Pernahkan tak anda semua mengalami perasaan seperti?  Anda sudah berterus-terang tentang perasaan anda terhadap seseorang tetapi terpaksa menunggu dan masih belum mendapat jawapannya? 

“Tapi, selepas seminggu lebih, Kak Umie panggil saya datang berjumpa dengannya tanpa memberitahu apa-apa sebab. 

“Saya fikir kak Umie mahu berbincang sesuatu yang lain. Tapi bila saya tiba, kak Umie kemudian panggil Hana. 

“Ketika itu, saya rasa berdebar-debar dan jantung saya mula rasa berderau. Saya tidak pernah jumpa Hana betul-betul secara berdepan. 

“Dan, itulah kali pertama saya bertentang mata dengan dia. Dia duduk di hadapan saya secara berjarak dan Kak Umie di tengah-tengah antara kami berdua. 

“Selepas bercakap sedikit, Kak Umie kemudian tinggalkan kami berdua untuk bertaaruf (proses mengenali pasangan hidup mengikut syariat Islam),” katanya. 

Kata Da’i Syed, sepanjang proses taaruf itu, dia mendapati, Hana adalah seorang wanita yang formal matang dan penuh berwibawa. 

“Dia adalah seorang wanita yang mampu buatkan saya duduk di atas lantai, manakala dia duduk di atas kerusi atau mampu membuatkan saya duduk di lantai sambil menuangkan air minuman untuknya dan dia ketika itu sedang duduk di atas. 

“Begitulah cara saya memandangnya. Dia wanita yang penuh dengan wibawa. Ia cukup terserlah,” katanya dengan nada penuh kekaguman. 

Sepanjang sesi takruf itu juga, Da’i Syed memberitahu mereka banyak membincangkan pelbagai aspek dan perkara.

“Dia tanya niat saya untuk mengenali dia, bertanya selepas berkahwin hendak duduk mana dan juga tentang soal zuriat,” katanya. 

Da’i Syed dan Hana Ismail telah dinikahkan di Masjid Ibnu Mas’ud, Jalan Damai, Kuala Lumpur pada 3 Disember lalu. 

Pasangan itu dinikahkan bapa pengantin perempuan, Ismail Dahwan dengan disaksikan jurunikah, Penolong Pendaftar Perkahwinan, Mohd. Nazri Yaacob.

Pada majlis itu, Da’i Syed menyerahkan mas kahwin seutas gelang tangan. Bagaimanapun jumlah hantaran dirahsiakan. Majlis resepsi perkahwinan mereka telah dilakukan pada malam harinya. 

Sebelum itu, Da’i Syed mengikat tali pertunangan dengan Hana pada November lalu.  – Getaran, 8 Disember 2022 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Mahkamah Tolak Permohonan Tangguh Hukuman, Da'i Syed Dihantar Ke Penjara Kajang

2

Kisah Kita 1 tahun yang lalu

TV AlHijrah Sambut Ulang Tahun Ke-14 Dengan Memberi Bantuan Kepada Golongan Memerlukan

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

MK K-Clique Kini Sah Bergelar Suami Orang Hanya Dengan Sekali Lafaz

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Da'i Syed Bebas Tuduhan Rogol

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 10 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN