web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ini Sebabnya, Apabila Hyun Bin Hampir Tidak Sempat Melihat Wajah Anaknya Sewaktu Dilahirkan 

Sebelum ini, ada media melaporkan Hyun Bin tidak berpeluang melihat wajah bayinya saat dilahirkan kerana sibuk menjalani penggambaran filem baharu. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Nov 2022 7:00PM

Hyun Bin dan Son Ye Jin menimbang cahaya mata pertama pada 26 November lalu. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebelum ini, ada media melaporkan bahawa aktor Hyun Bin tidak berpeluang melihat wajah bayinya, saat isterinya, Son Ye Jin melahirkan cahaya mata pertama mereka pada 27 November lalu. 

Ini kerana Hyun Bin ketika itu sedang menjalani penggambaran filem terbaharu lakonanya 'Harbin' di Mongolia. 

Dan, secara kebetulan pula, anaknya yang dijangkakan lahir pada Disember, keluar beberapa hari lebih awal. 

Namun, pihak pengurusan Hyun Bin iaitu VAST Entertainment telah menepis segala dakwaan tersebut. 

Dalam satu kenyataan media, Vast Entertainment memberitahu:

“Hyun Bin kembali semula ke Korea selepas menjalani penggambaran Harbin di Mongolia pada 26 November dan berada di sisi Son Ye Jin sewaktu dia melahirkan”. 

Berita kelahiran bayi itu telah dikongsikan syarikat pengurusan Son Ye Jin iaitu Msteam Entertainment kepada umum. 

Pihak Msteam Entertainment turut memaklumkan, Son Ye Jin dan bayinya itu berada dalam keadaan sihat. 

Hyun Bin dan Son Ye Jin mula menjalinkan hubungan cinta ketika menjayakan drama bersiri romantik hit, Crash Landing On You yang berakhir pada 2020. 

Mereka berkahwin pada Mac lalu dan kemudian mengumumkan sedang menantikan kehadiran zuriat mereka tiga bulan selepas itu. 

Dalam perkembangan lain, Hyun Bin telah memegang watak sebagai aktivis kemerdekaan, Ahn Joong Geun yang terkenal kerana membunuh Perdana Menteri Jepun pertama, Itō Hirobumi pada tahun 1909. – Getaran, 30 November 2022 

Gambar: MSteam Entertainment (Guna gambar fail)  


 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 18 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN