web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tidak Benar! Hrithik Nafi Bersekedudukan Dengan Kekasihnya Saba Azad 

Hrithik menafikan perkara tersebut menerusi instagramnya miliknya, sambil menyertakan pautan berita tidak benar itu yang dilaporkan oleh sebuah portal media.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Nov 2022 6:04PM

Hrithik Roshan dan Saba Azad

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Aktor Vikram Vedha, Hrithik Roshan menafikan khabar angin bahawa dia akan tinggal bersekedudukan dengan kekasihnya, Saba Azad di sebuah pangsapuri baharu yang dinamakan Mannat di Mumbai.

Dia telah menafikan perkara tersebut menerusi instagramnya.

Sambil menyertakan pautan berita tidak benar itu yang dilaporkan oleh sebuah portal media, Hrithik menulis: 

“Tiada kebenaran untuk ini (dakwaan tinggal bersama),” katanya.  

Hrithik Roshan - Gambar Instagram Hrithik Roshan
Hrithik Roshan - Gambar Instagram Hrithik Roshan

Tambahnya lagi, “Sebagai figura masyarakat, saya faham saya akan berada di bawah lensa rasa ingin tahu, tetapi lebih baik jika kita jauhkan diri daripada maklumat yang salah, terutamanya dalam laporan, yang merupakan pekerjaan yang penuh tanggungjawab,” katanya. 

Hrithik mula menjalinkan hubungan cinta dengan Saba Azad yang juga seorang pelakon secara rasminya di parti hari jadi Karan Johar yang ke-50.

Sejak itu, pasangan ini tidak segan-silu menunjukkan rasa cinta, kemesraan dan keintiman mereka. 

Saba Azad - Gambar Instagram Saba Azad
Saba Azad - Gambar Instagram Saba Azad

Sejak itu timbul khabar angin bahawa Hrithik telah membelanjakan hampir INR100 crores untuk dua buah Duplex yang terletak di tingkat 15 dan 16. 

Hrithik ketika ini sedang sibuk menjayakan penggambaran filem Fighter bersama Deepika Padukone. Filem itu akan mula ditayangkan pada Januari 2024. – Getaran, 25 November 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 tahun yang lalu

Konsert Hrithik Roshan Ditangguh, Peminat Boleh Tuntut Bayaran Tiket

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu