Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Seniwati Fauziah Nawi Terima Anugerah Tokoh Seri Angkasa

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Oct 2022 8:01AM

Fauziah Nawi menyampaikan ucapan selepas menerima anugerah dari Annuar Musa pada Majlis Anugerah Seri Angkasa 2022 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Seniwati Fauziah Nawi menerima Anugerah Tokoh Seri Angkasa 2022 pada malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2022 (ASA2022).

Beliau menerima wang tunai RM10,000 dan trofi serta sebuah kereta, atas sumbangan beliau dalam industri seni tanah air termasuk memperjuangkan nasib anak seni tempatan.

Anugerah itu disampaikan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini malam tadi.

Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Mohammad Mentek.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Roslan Ariffin.

Bagi kategori Pengimbangan Audio Radio (Lokasi) Terbaik Saluran dimenangi penerbit Bernama Radio Mohd Zaini Ahmad Norbi melalui program Lintas Langsung Tinjauan Pasca Banjir Sungai Telemong. Beliau membawa pulang wang tunai RM5,000 dan trofi.

Selain itu, dua anugerah kemuncak iaitu Dokumentari TV Terbaik dimenangi Social Playlist oleh Herbert Pua Kuo Jie membawa pulang wang tunai RM5,000, trofi dan Dana Kandungan Digital (DKD) sebanyak RM150,000

Drama TV Terbaik pula dimenangi Pencipta Pegang Waktu oleh Nor Shahila Harun Shah dan membawa pulang wang tunai RM5,000, trofi dan DKD sebanyak RM200,000.

Pemberian DKD ialah selaras dengan Pelan Pemulihan Negara yang bertujuan membantu serta menggalakkan pengamal industri kreatif menghasilkan, memasarkan dan mengedar kandungan kreatif yang tinggi nilainya kepada pasaran tempatan serta antarabangsa terutama dalam fasa pasca-COVID-19.

ASA 2022 kembali setelah menyepi enam tahun dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM).

Acara berprestij itu berlangsung selama dua hari yang bermula semalam bertujuan meraikan penggiat seni dan para karyawan.

Kehadiran penggiat seni tempatan turut memeriahkan majlis antaranya Datuk Jamal Abdillah, Datuk M. Nasir, Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk Rosyam Nor, Ella, Zulin Aziz, Sabri Yunus, Fauzi Nawawi, Lisdawati, Syafie Naswip, Nasha Aziz dan Janna Nick.

Program dua hari bertemakan 'Kemuncak Kecemerlangan' itu menyaksikan hadiah bagi pemenang 34 kategori disampaikan malam tadi. 

Tema itu bersesuaian dengan usianya yang memasuki 50 tahun selain bertepatan hasrat K-KOMM untuk menjadikan anugerah itu sebagai pemangkin dalam penghasilan karya bermutu industri penyiaran khususnya di peringkat nasional.

ASA dahulunya dikenali sebagai Anugerah RTM, yang dicetuskan Kementerian Penerangan pada 1972, bertujuan mengiktiraf penggiat penerbitan program radio dan televisyen terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM). - Bernama

Sorotan

1

3 Lemas, 3 Masih Hilang Dalam Kejadian Kepala Air Di Lahad Datu

2

Agong, Raja Permaisuri Tiba Di Singapura Untuk Lawatan Negara Sulung

3

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

4

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

5

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

6

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Festival Muzik Banyak Bagus 2024 Gabungkan Barisan Artis Popular 4 Negara

oleh Helmi Anuar

Filem & TV 5 jam yang lalu

'Sajian’ Terbaharu Daripada Netflix Mei Ini

Penuhi waktu luang dan hujung minggu anda dengan pelbagai kisah menarik daripada Netflix.

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Ernie Zakri Tak Sangka Lagu 'Masing Masing' Kembali Meledak Selepas Dinyanyikan Bella, Adira

Lagu Masing Masing nyanyian asal Ernie Zakri kembali menjadi perhatian ramai selepas dinyanyikan semula oleh Bella Astillah dan Adira Suhaimi 

oleh Helmi Anuar

Selebriti 21 jam yang lalu

Puteri Sarah Tunai Umrah Lagi, Kali Ini Bersama Ibu Bapa 

oleh Helmi Anuar